ZON HIJAU KINI BOLEH BOOKING HOTEL DI ZON HIJAU JUGA ! JOM BERCUTI DENGAN TRAVELOKA

JOM BERCUTI DI HOTEL ! ZON HIJAU KINI BOLEH BOOKING HOTEL DI ZON HIJAU JUGA ! Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua ! Apa khabar? Harapnya semua sihat-sihat sahaja ! Mummy pun, alhamdulillah sihat. Cuma agak lemau juga, lama sangat duduk rumah dan tak dapat keluar bercuti di hotel. Haha !

Erm...Alangkah indahnya, jika kita dapat rehatkan diri di hotel yang berhadapan dengan laut sambil hirup udara segar laut bersama angin sepoi sepoi bahasa. Dapat habiskan masa yang tidak ternilai itu dengan keluarga dan anak-anak yang seronok bermain pasir laut.


Allahu ...mummy rindu saat itu ! Rindu yang teramat sangat ! 


Bercuti merupakan satu terapi buat mummy. Masa inilah, kita bebaskan diri kita dengan rutin yang biasa dan kesibukkan yang biasa. Seperti tak perlu masak, tak perlu pergi kedai fikir nak beli lauk apa, tak perlu kemas rumah, tak perlu jadi tarzan dengan anak-anak, tak perlu keluar bekerja, tak perlu kejar masa untuk buat itu ini, tak perlu basuh kain, lipat kain, tak perlu kemas wardrobe mummy dan anak-anak. Eh, banyak lagi yang tak PERLU buat weiii. Seronok, heaven bila bercuti kan. 

Lelagi, mak-mak ni haaa...

Dapat bercuti kat hotel, dapat hirup angin laut, dapat berSPA, berurut . Perrghhh ! Jomlah hotel booking

JOM BERCUTI DI HOTEL ! ZON HIJAU KINI BOLEH BOOKING HOTEL DI ZON HIJAU JUGA !


Berita baik buat yang sedang berada dalam Zon Hijau ! Rezeki korang ni, kan ! Ngam pulak, dengan cuti sekolah ni. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dah umumkan bahawa pergerakan rentas daerah dan negeri membabitkan zon hijau dibenarkan seperti biasa. Tiada sekatan, seperti di negeri Pahang contohnya, kalau nak rentas negeri zon hijau dengan negeri zon sama lain pun boleh dah ! Industri pelancongan pun dibenarkan dalam zon hijau dengan hijau. Cuma rentas negeri PKPB dengan negeri PKPB kena ada kebenaran polis. JOM BERCUTI DI HOTEL ! ZON HIJAU KINI BOLEH BOOKING HOTEL DI ZON HIJAU JUGA !


Sumber: PDRM

Contoh Zon Hijau buat masa ini adalah di negeri Pahang, warga Pahang nak bercuti dan mencari hotel yang banyak diskaun. Bolehlah terjah ke Traveloka.


10 HOTEL POPULAR MURAH BAWAH RM200 DI PAHANG


Banyak hotel menarik di Pahang yang mampu milik. Jom kita tengok,  hotel popular dan bajet bawah RM200 di Pahang. Antaranya :-

1. Copthorne Cameron Highlands 
serendah RM148 satu malam
Rating 8.3 / 10

Location strategik..Hanya jalan kaki ke Kea farm. Bilik luas dengan bathtub & balkoni..Recommended sgt2. - Norfadhillah

Tempat yang selesa, parking yang banyak and I would highly recommend it to everyone. - Azizan

Nice hotel. Bersih. Semua staff very friendly - Shamsiah

The best hotel. Bilik sangat luas. breakfast sangat sedap. Berbaloi dengan harga. - Chitra

Bilik luas dan servis yang bagus. Berbaloi dengan harga yang dibayar plus breakfast set yang sedap. - Nur E

2. AC Hotel by Marriott Kuantan 
serendah RM148.50 satu malam
Rating 8.5 / 10 

Semua servis yang diberikan amat baik. - Suzila


Staf yang sangat baik, kami dapat check in awal, sebab dah sampai awal. Bilik bersih cuma gelap sikit... makanan pun sedap. - Muhammad


Hotel terbaik. Lokasi menarik, dekat dengan kawasan bandar. Bilik yang luas dan bersih. Kemudahan 5 star di beri. - Ramzunazulllaili


Keseluruhan amat puas hati, booking bilik club deluxe, memang berbalo,. boleh rehatkan diri dan disediakan mini hi tea dalam bilik executive lounge. - Noredayu


Overall sangat OK! Breakfast banyak pilihan. Bilik bersih. Cuma event dihotel pada weekend menyebabkan parking untuk guest full dan saya menempah 4 bilik, pada hari ke 2, ke-empat2 bilik, kad tak boleh guna. Dah turun ke kaunter, bila naik, sama juga tidak boleh digunakan. Itu sahaja, overall ok dan sangat ok - Nur

3. Zetter Suites @ Cameron 
serendah RM153 satu malam
Rating 8.50 / 10

Puas hati sngat², berbaloi² dengan harga, nanti kami datang lagi - Khaira

Overall semua puas hati, da 2x book sini. - Jas T

Apartment selesa dan anak-anak suka paling best sangat dekat dengan pasar malam. Dah tentu check in disini lagi kalau datang sini 👍- Faezah

Sangat memuaskan. Bilik bersih. Hotel lengkap dengan tempat parking kereta. Ada lift untuk ke bilik. Persekitaran hotel ada kedai makan dan 7eleven mudah untuk membeli barang keperluan. Recommended 👍 - Hanim

Bilik kemas dengan design ala british. - Mohamad

 

4. TimurBay Beach Resort by Subhome Balok, Pahang 
serendah RM132.84 satu malam
Rating 7.7 / 10

Bilik yang indah dengan pemandangan laut. Kemudahan yang baik dengan kedai runcit di sekitar resort. Tiga tahap keselamatan dan kakitangan yang ramah. Walau bagaimanapun, perkara berikut perlu dipelajari: - 1) Terdapat ruang untuk penambahbaikan untuk proses daftar masuk, 2) selain syampu, gel mandi juga perlu disediakan di dalam bilik, 3) Lampu koridor harus dihidupkan sehingga jam 7.00 pagi kerana ia sangat gelap kerana berjalan ke tempat letak kereta. - Dominic

Tempat yang hebat untuk mengagumkan dengan kurang RM150 yang dibelanjakan untuk Tahun Baru! Bilik ini mengagumkan !!! Pasti akan mendapat tempat yang sama di perjalanan seterusnya di sini! Amat disyorkan! - Suziah


5. Iris House Hotel, Cameron Highlands 
serendah RM84.15
Rating 8.3

Bilik besar parking senang recommended - Ummu

Bilik yang selesa dan bersih. Parking pun banyak. Boleh katakan hotel ni ok la. - Liey

Bilik bersih,tandas pun ok cuma siaran tv je x jelas. - Zaidi

Tempat yang strategik, semua ada di sekeliling. - Wan

Bilik cantik, okey tak besar tak kecik ada banyak ruang untuk solat, permandangan pun cantik nampak padang golf, reception semua ramah dan baik, nak daftar pun sekejap saja dengan Traveloka. park senang, tempat iron dibawah sekali, nak iron time siang ok la malam seram sikit hihihi overall puas hati, kalau datang ch saya akan ambil hotel ini lagi sebab semua dekat dan senang. gerai-gerai makan pagi dan malam sebelah hotel saja. recommended. - Zarina

6. Resort World Genting - First World 
serendah RM145 satu malam
Rating 8.3 /10 

Nice view. Kelihatan yang sangat selesa dan damai. First world the best hotel. - Nurshahidah

Penginapan yang selesa, bersih dan mempunyai kemudahan kiost check in, check out. since 2010 saya tetap memilih first world. tak perlu mengambil masa yang lama untuk ke indoor, dalam satu bangunan dapat menghubungkan antra sky avenua complex, skytropolis, skyway avenue dan lain-lain. - Mohd F

7. Heritage Hotel Cameron Highlands 
serendah RM134.93 satu malam
Rating 8.7 /10

Bilik besar selesa bersih atas bukit view cantik memg sesuai untuk yang nak datang untuk tenangkan fikiran. - Muhammad

Staff yang peramah. Bilik yang bersih, luas, ada bathtub yang selesa. Puas hati. - Fahmi

Hotel yang selesa bagi keluarga yang mempunyai anak kecil. Anak-anak saya enjoy menginap di sini. :) - Hanis

8. Geo38 Premier Suites Genting Highlands 
serendah RM119.94 satu malam
Rating 8.6 / 10

Sunggu selesa tempat tinggal yang saya sewa untuk keluarga saya, anak-anak pun gembira n puas hati. - Tawakkal

Tempat yang strategik, pemandangan yang cantik, dekat dengan kedai makan, yang penting hotel cukup selesa. - Muhamad

Tempat yang baik untuk percutian keluarga. Lokasi yang selesa dan tidak ramai. Hanya ada satu tempat letak kereta, tempat letak kereta tambahan perlu dibayar. - Abdul

9. Grand DarulMakmur Hotel Kuantan 
serendah RM123.50 satu malam
Rating 8.4 /10

Sangat bagus sekali mesra dan selesa. - Dato M Z


Bilik besar, selesa, staff baik & friendly, boleh datang lagi bila ke kuantan, anak-anak suka swimming pool. - Norshamsiah


Selesa, bersih dan Muslim friendly, sesuai untuk keluarga bercuti di kuantan. A+ - Azrol R

10. Star Regency Hotel & Apartment , Cameron Highlands 
serendah RM94.45 satu malam
Rating 7.2 / 10

value for money, can consider to repeat and stay here again, maybe the hotel management can upgrade in term of facilities. thank you - Farahaniny


KENAPA MENEMPAH BILIK HOTEL DENGAN TRAVELOKA?


Mummy dah ada pengalaman menempah bilik hotel dengan Traveloka tau.  Sejujurnya, memang puas hati kerana :-

Harga Jujur
Mummy suka menempah bilik hotel dengan Traveloka ini sebab utamanya. Harga yang disenaraikan termasuk semua cukai yang berkenaan, fi dan surcaj. Tak ada cas tersembunyi.

Harga Rendah Setiap Hari & Tawaran Eksklusif 
Mummy muat turun aplikasi Traveloka di Hand phone mummy, sebab harga di aplikasi ni hjauh lebih murah dari harga bilik hotel yang di beli secara walk in


Ulasan Sebenar Tetamu
Ulasan dan rating juga adalah dari penghuni yang pernah menginap. Sebab itu, mummy akan melihat ulasan setiap bilik hotel di Traveloka terlebih dahulu sebelum membeli bilik hotel. 

Traveloka menyediakan 2,000,000+ ulasan sebenar daripada tetamu hotel!

StayGuarantee
Dengan StayGuarantee, tempahan hotel dijamin sepenuhnya. Jika berlaku lebihan tempahan, Travekola akan mencadangkan hotel lain yang setaraf, tanpa kos tambahan. Atau, bayaran akan dikembalikan.


Pelbagai Pilihan Pembayaran
Traveloka mempunyai cara bayar yang pelbagai. Sama ada korang ingin membayar melalui Kad Kredit, Kad Debit, Perbankan Internet, atau di 7-Eleven.

Traveloka menyediakan pelbagai pilihan ! Tiada fi transaksi.

Diskaun Istimewa
Bukan sahaja tawaran istimewa dan diskaun hebat untuk tempahan bilik hotel. Malah tempahan penerbangan juga ada diskaun tau !


Takut ketinggalan diskaun hebat dari Traveloka? Jangan risau, pihak Traveloka sentiasa akan update kepada pelanggan dan ahli Traveloka tentang informasi terkini diskaun istimewa untuk hotel!

Ha..menarik, kan Traveloka ini ! Jomlah menempah sekarang di : https://www.traveloka.com/ms-my/hotel

Jus Dara Vogue Jamu Moden Sedap Rasa Delima

Jus Dara Vogue Jamu Moden Sedap Rasa Delima - Mummy memang akui, jamu sangat-sangat bagus untuk dalaman kita sebagai seorang wanita. Mak-mak kita atau orang dulu-dulu selalu nasihatkan mummy untuk consume Jamu! Makan jamu badan boleh makin sihat dengan bentuk tubuh yang tetap maintain macam anak dara. Sebab itu orang dulu-dulu badan mereka tetap cantik walau dah berusia kerana sangat berdisiplin makan jamu.

Tapi, nak makan jamu tu, kan. Teringat-ingat tentang pahitnya, tak sedapnya jamu tu! Dengan bau yang agak kurang menyenangkan. Erm, memang salute lah pada individu yang boleh makan / minum jamu kampung.

Sebagai alternatif disebabkan mummy tak boleh nak telan jamu kampung biasa tu. Maka, mummy ambil inisiatif untuk consume Jus Dara Vogue Jamu Moden Yang Sedap Rasa Delima ni.

Kenapa jamu moden Jus Dara Vogue ni berjaya memikat hati mummy? Meh mummy share info berkaitan dengan Jus Dara Vogue termasuk testimoni review dari mummy sendiri lepas mencubanya.


Jus Dara Vogue Jamu Moden Yang Sedap Rasa Delima

Mummy sukakan Jus Dara Vogue jamu moden ini kerana ianya mudah di ambil. Jus Dara Vogue jamu moden ini berbentuk sachet boleh di bawa ke sana sini kerana di pek dalam bentuk yang kecil.


Berbanding packaging lama Jus Dara Vogue Jamu Moden Yang Sedap Rasa Delima berbentuk botol dan agak sukar nak di bawa ke sana sini lelagi orang macam mummy yang kerap travel.

Berbanding packaging lama Jus Dara Vogue, dulu ia berbentuk cecair dalam botol dan agak sukar nak di bawa ke sana sini lelagi orang macam mummy yang kerap travel ni. Sekarang dalam bentuk packaging baru begini, dengan mudah boleh minum Jus Dara Vogue jamu moden ini di mana saja.

 
Cara Penggunaan Jus Dara Vogue Jamu Moden Yang Sedap

 

Cara penggunaan untuk Jus Dara Vogue (jamu moden) ini mudah saja, Mummy ambil Jus Dara Vogue ini sebanyak 2 sachet setiap hari iaitu pada setiap waktu pagi dan malam.

Dengan hanya cara koyakkan sachet Jus Dara Vogue ini, terus di minum begitu sahaja tanpa perlu dibancuh atau sebagainya.

Dan seperti biasa, untuk apa-apa suplemen yang korang consume. Korang wajib minum banyak air putih bagi mempercepatkan kesan penggunaan, ye.

Kalau korang tak habis minum, simpan di tempat sejuk setelah di buka. Tapi Mummy ni, habis satu sachet tu sekali minum. Sebab rasanya sedap dengan masam manis buah, memang betul-betul rasa buah delima. Sebab itu Mummy cakap Jus Dara Vogue ini benar-benar jamu moden yang sedap dengan rasa delima.
Kandungan Yang Terdapat Di Dalam Jus Dara Vogue

Untuk pengetahuan, JUS DARA VOGUE dalam bentuk pati asli ini diadun daripada 12 jenis ramuan iaitu :


Delima 
Kunyit Hitam 
Madu 
Kurma 
Kacip Fatimah 
Epal 
Manjakani 
Vitamin C 
Akar serapat 
Sireh 
Pegaga 
Lobata

Ciri-Ciri Jus Dara Vogue Yang Membuatkan Mummy Jatuh Cinta 



Terdapat banyak Ciri-Ciri Jus Dara Vogue ini yang telah membuatkan Mummy jatuh hati untuk mencubanya. Dan antara ciri-ciri tersebut adalah :

1. Jus Dara Vogue tak ubah seperti JAMU dalam bentuk MODEN dengan pelbagai khasiat untuk tubuh dan ia bertindak seperti JUS PERAPAT yang boleh membantu merawat masalah keputihan dan haid yang tidak teratur.




2. Mempunyai rasa masam manis yang sedap dengan bau yang ‘harum’ , tidak seperti jamu tradisional biasa sebab itu dengan mudah Mummy boleh minum setiap hari.

3. Mudah diminum dan senang untuk di bawa ke mana saja. Bentuknya yang kecil boleh terus dimasukkan ke dalam tas tangan.

4. Boleh diamalkan oleh anak dara, wanita sudah berkahwin, wanita sudah melahirkan anak, wanita yang telah menopaus dan juga KAUM LELAKI. Baca sekali lagi, KAUM LELAKI ye!! Ini bermakna Jus Dara Vogue ini perempuan dan lelaki boleh sama-sama minum.

5. Beli Jus Dara Vogue ini jimat sebab korang boleh share dengan suami (jika ada) untuk diamalkan suami isteri sebagai minuman rutin setiap hari. Barulah sama-sama makin sihat.

6. Ohya, Jus Dara Vogue ini tidak digalakkan bagi wanita yang sedang mengandung dan ketika dalam haid tau. Jadi jika kebetulan sedang haid stop dulu kemudian nanti dah habis tempoh haid boleh sambung minum balik. Ini untuk membiarkan haid keluar secara natural seperti biasa.


Kelebihan Jus Dara Vogue untuk WANITA : 





Menurut info yang Mummy saat mula-mula nak cuba minum Jus Dara Vogue ini, terdapat banyak kelebihan Jus Dara Vogue baik untuk wanita mahupun untuk lelaki.



Kelebihan Jus Dara Vogue Untuk WANITA :


  • Boleh bantu beri tenaga pada tubuh badan
  • Membantu mengawal paras kolestrol dan gula di dalam darah
  • Sesuai di minum ketika dalam pantang lepas bersalin
  • Gadis, wanita berkahwin dan wanita menopause
  • Faraj berair & kentut faraj
  • Keputihan dan vagina longgar
  • Haid tidak stabil
  • Menyuburkan rahim & peranakan wanita. Baik untuk wanita yang sukar mendapatkan zuriat
  • Lesu badan, kebas, sakit sendi tumit dan kerap sakit kepala
  • Berpantang dan menyusu bayi
  • Boleh bantu banyakkan susu
  • Beri rasa kenyang untuk kurangkan nafsu makan
  • Naikkan semula punggung jatuh dan payu dara yang kecut dan kendur
  • Membuang lemak dan menyingkir angin serta toksik dalam badan
  • Menegangkan dan mencerahkan kulit
  • Memancarkan seri wajah

Kelebihan Jus Dara Vogue untuk LELAKI : 





  • Bantu beri tenaga pada tubuh badan
  • Kurangkan rasa penat dan lesu
  • Membantu mengawal paras kolestrol dan gula di dalam darah
  • Bantu masalah kebas, sakit sendi tumit dan kerap sakit kepala
  • Beri rasa kenyang untuk kurangkan nafsu makan
  • Membuang lemak dan menyingkir angin serta toksik dalam badan
  • Bantu Kempiskan perut yang boroi
  • Boleh bantu turunkan berat dengan amalan pengambilan yang betul
  • Menegangkan dan mencerahkan kulit
  • Memancarkan seri wajah


Ramai juga dikalangan lelaki yang telah minum Jus Dara Vogue ini akibat terjebak selepas lihat isteri minum. Antaranya Beego (suami kepada Linda Hashim) dan juga Fauzi Nawawi (suami kepada Lisdawati). Linda dan Lisda ni memang dah lama benar minum Jus Dara Vogue sebab itu testimoni mereka berdua cukup banyak jika di Google.

TESTIMONI SELEPAS SEMINGGU AMALKAN Jus Dara Vogue Jamu Moden Yang Sedap Rasa Delima

Setelah seminggu mummy amalkan Jus Dara Vogue ini, Alhamdulillah badan mummy rasa kurang letih dan cepat kenyang.


Bab cepat kenyang tu yang best kan, lelama bolehlah kurus! Patutlah ramai pengguna Jus Dara Vogue memberi testimoni dan review perut boleh semakin kempis dan berat juga boleh semakin turun berbanding sebelumnya.  







Sebelum terlupa, Jus Dara Vogue Jamu Moden yang sedap rasa delima ini dikeluarkan oleh syarikat Tejja Herbs, sebuah company bumiputera yang aktif menghasilkan produk dengan menggunakan bahan semulajadi dan syarikat ini berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) 002215435 -D

Jus Dara Vogue jamu moden ini juga ada kelulusan KKM dan Halal , jadi memang mummy tak ragu-ragu nak consume jamu moden yang berfungsi sebagai jus perapat untuk kecantikan dalaman wanita ni.

Kalau korang nak tahu Jus Dara Vogue tergolong di bawah FDI , apa itu FDI? Boleh baca di link ini : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2956279394424538&id=402257303160106






Mummy dah cuba, korang pula macam mana? Jika terasa nak cuba sekali, bolehlah dapatkan Jus Dara Vogue by Tejja Herbs hari ini. Harga Jus Dara Vogue jamu moden ini juga sangat berpatutan. Hanya RM49 (Sem Malaysia) dan RM59 (Sabah Sarawak).

Pihak Jus Dara Vogue juga ada memberikan peluang perniagaan kepada yang berminat dalam menambah pendapatan sebagai stokis atau agen Jus Dara Vogue dengan hanya bermodalkan RM0. Jika ada minat dalam berniaga, bukan saja boleh minum Jus Dara Vogue tetapi juga boleh cari duit lebih.

Untuk pertanyaan, pembelian atau menambahkan pendapatan. Korang boleh terus hubungi :-



Barang Sales 11.11 Shopee Nestle Dah Sampai

Barang Sales 11.11 Shopee Nestle Dah Sampai - Pergh sales 11.11 ni, sampainya barang pada 22.11 . Hrm..lama jugaklah . Biasalah kan, sebab Nestle bagi Shopee Hub settle kan untuk packing dan pos, ambil masa gamaknya ! Kita kalau seller biasa ni, tak hantar lebih 4 hari ke customer, terus auto cancel by Shopee terus dah ! Okaylah, apa pun, barang dah selamat sampai pun. Dan, nasib baik bukan barang super urgent pun ni.

Hari tu, mummy ada cerita shopping cadar katil di Shopee sempena 11.11. Kali ini, barang 11.11 lagi ! Dasyat teruk mummy ek? Sales 11.11 kali ini terjebak untuk Shopping sakan ! 

Erm, sebenarnya, nak kata terpengaruh tu, idaklah ! Memang barang keperluan juga. Kalau tak pi beli online, kena gak pi beli kat kedai. Nak beli banyak-banyak berat gini kat kedai. Erm, ada masa malas juga nak beli hehehe. Malas nak angkut barang bebanyak!


Barang Sales 11.11 Shopee Nestle Dah Sampai



So, beli online ni best sebab orang hantar sampai depan pintu. Tak payah lah kita nak angkut barang berat sangat, kan ! Ha , kisah beli barang Nestle dari Shopee ini, memula agak terkejut sebab kotak hancur macam ni. Ingatkan dalam kotak ini pun semua dah jadi tsunami jugak !

Rupa-rupanya, alhamdulillah semua okay ! Mungkin j&t spot check barang isi dalam kot. Atau pun kotak ini koyak masa di j&t. entahlah, wallahualam.

Jom tengok apa barang yang mummy borong !

Maggi Cup Ayam 99 sen

Nascafe tin RM1.50

Milo botol RM1.50

Milo Kotak 4 pcs RM3+

Milo ini paling banyak beli stok untuk Daim, sebab dia tengah putus susu. So, alhamdulillah boleh minum Milo kotak ini. Susu kotak lain, memang tak mahunya dia !

Sebagai support kepada putus susu badan, kita bagi je lah Milo untuk bagi dia lupakan 'candu' dia hehehe

Bukan itu je mummy beli. Lain-lain ada yang tak ada dalam gambar. Sebab malas nak snap semua gambar hahaha. Cornflakes Gold RM1.90, Susu Nestle Low Fat besar RM4+, 

Berbaloi juga beli masa 11.11 ni sebab murah, dan free delivery. Lepas ini, kalau ada groceries nak beli kat kedai (yang tak urgent) korang bolehlah senaraikan dan beli masa sales 12.12 pulak ye.

Contoh, sabun basuh kain, makanan, minuman, barangan dapur, barangan mandian, insyaallah jimat beli online masa double celebration macam 10.10, 11.11, 12.12 ni. 

Mummy pun sedang senaraikan barangan untuk 12.12 ni, kita list dari sekarang apa yang nak beli !

Happy Birthday Mak 21 November 2020

Happy Birthday Mak 21 November 2020 - Birthday mak selalunya kami sekeluarga ada bersama mak, ada makan-makan menu favorite mak. Tapi, oleh kerana PKPB di Selangor , kami mengambil keputusan duduk sepenuhnya di rumah Kajang. Maka kali ini, tiada sambutan bersama. Hanya ucapan di kejauhan. Nanti lepas semua settle, PKPB berakhir, kami boleh keluar kerja macam biasa. Insyaallah kami ke rumah mak balik.


Happy Birthday Mak 21 November 2020



Happy Birthday Mak 21 November 2020, genap 66 tahun mak tahun ini. Alhamdulillah mak masih sihat (lutut je sakit sket) dan masih kuat. Syukur di panjangkan usia, dapat melihat anak cucu membesar depan mata dan anak cucu dapat mengenali mak.

Moga Allah panjangkan umur mak , di berikan kesihatan yang baik, di murahkan rezeki dan sentiasa di bawah lindungannya. Ameen.


gambar sambutan anniversary mak abah

Mak buat gubahan sirih junjung

masa melawat Daim masuk hospital

Ni pula, masa umur Dhia 1, 2 tahun. Mak hadiahkan Dhia gelongsor buai ni. Terima kasih tok mak ! Boleh pakai sampai Daim membesar. Syukur !

Throwback gambar-gambar lama je lah mampu. Jenuh skroll hand phone hehehehe. So, sebelum hilang lagi, dan nak memudahkan kemudian hari untukmencari. Mummy terus buatkan 1 entri lah ye !

Gambar masa kenduri kahwin di Kota Tinggi

Hadiah Happy Birthday Mak 21 November 2020

Dalam fikiran nak bagi mak hadiah hand bag Coach atau Fossil. Pernah suruh mak tengok-tengok gambar di internet. Mak kata design dia tak kena citarasa mak. Mak nak hand bag yang banyak compartment. Tak nak campur 1 compartment nanti susah nak cari barang dalam hand bag.

Hand bag yang banyak compartement. apa yang mummy tahu. Guess paling banyak. Oleh kerana mak minat kumpul handbag dan mak pernah bercerita pergi tengok hand bag Guess . Harga dia tak lah murah mana, kata mak. So, kali ini, kita hadiahkan mak handbag Guess.





Handbag Guess Pink ini tak besar sangat dan tak terlalu kecil. Hand bag Pink mak belum ada lagi. Just nice lah dapatgrab Guess Pink untuk mak.







Bukan 1 hand bag je, tapi 2 hand bag terus kita hadiahkan. Rezeki untuk mak. Nasib baik bulan 10 hari tu dah belikan awal-awal dan terus berikan hadiah awal untuk mak.

Jadi kali ini, kami tak adalah ralat sangat, tak ada bersama dengan mak. Sebab hadiah birthday mak, kamu dah bagi awal-awal lagi.

7 HARI GIGI PUTIH DENGAN WHITEKISH MAGIC CHARCOAL

7 HARI GIGI PUTIH DENGAN WHITEKISH MAGIC CHARCOAL - Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua ! Adakah korang peminat kopi, teh atau pun jus oren macam mummy? Sedap air tu, semua kan ! Tapi, yang tak bestnya... ada efek gigi akan menjadi sedikit kuning. Erm..gigi kuning ni bukanlah sebab merokok atau pun tak gosok gigi !  Faktor makan dan minum juga mempengaruhinya. 


Nak buat rawatan pemutihan gigi ni bukannya mudah dan rawatannya pula menelan belanja yang agak boleh tahan huhu.

7 HARI GIGI PUTIH DENGAN WHITEKISH MAGIC CHARCOAL






PKPB ni pun, nak selalu berjumpa dentist , nak ke sana sini memang tak la kan. So, PKPB ini, mummy buat rawatan sendiri dulu sebelum pi jumpa doktor gigi... lepas PKPB la nt kita buat appointment.

Whitekish Magic Charcoal merupakan serbuk arang atau activated charcoal yang diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu arang dari tempurung kelapa. Ianya dapat membantu membersihkan gigi dan masalah bau mulut dengan menyerap bakteria dan "food chemical" di dalam mulut. 


Rawatan pemutihan gigi mummy hanya gunakan Whitekish aje ! 7 HARI GIGI PUTIH DENGAN WHITEKISH MAGIC CHARCOAL. Memang betul. Kalau korang nak tahu charcoal atau arang ini, masih ramai kaum India di negara India menggunakannya.

Jangan lupa pakai dengan cara yang betul ye !

Cara yang Betul Menggunakan Whitekish



Sebagaimana yang hangat diperkatakan, penggunaan arang yang berlebihan akan menyebabkan enamel gigi akan menipis. Akibat daripada enamel yang menipis akan menyebabkan gigi kita akan senang merasa ngilu. Bagi mengelakkan perkara ini terjadi adalah penting untuk mengetahui cara penggunaan arang dengan betul untuk membersihkan gigi kita. 

Cara menggunakan Whitekish Magic Charcoal :

#1 Celup berus gigi di dalam serbuk arang.

 #2 Berus gigi dan lidah secara perlahan dan jangan gosok secara kasar.  

#3 Penggunaan minggu pertama, gunakan 2 kali sehari.





#4 Penggunaan minggu kedua, gunakan 2 kali seminggu. Hari yang lain, korang gosok gigi macam biasa guna ubat gigi berfluorida. 

#5 Apabila korang dah berpuas hati, boleh kurangkan penggunaan Whitekish Magic Charcoal ni. 

# Kumur dengan air yang banyak selepas menggunakan Whitekish untuk bebas daripada arang di dalam mulut. 


Siapa yang Perlu Menggunakan Whitekish?

Whitekish Magic Charcoal diformulasikan untuk mereka yang mempunyai masalah seperti :

• Gigi kuning

• Mulut berbau

• Gusi berdarah



Whitekish Magic Charcoal

Antara manfaat Whitekish adalah seperti berikut:- 


Diperbuat dari 100% bahan semulajadi iaitu arang aktif (activated charcoal) dari tempurung kelapa (coconut shell) yang dibakar mengikut piawaian makmal. Ia tidak mempunyai bahan penghakis (peroxide) yang boleh merosakkan gigi. 


• Diluluskan oleh KKM. NOT200700100K.

• Buatan Malaysia

• Pengeluar oleh Mazinesor Resources (RKay Empire HQ) 

• Kesannya boleh dilihat seawal seminggu dengan penggunaan yang betul

• Satu bekas 10gm

• Menggunakan teknologi daripada Jepun

• Simpan pada suhu bilik



Sebotol Whitekish berharga RM89.90 je. Korang boleh dapatkan di :-https://whitekish.com/

Call / sms / wasap : 0178898878
 

Bye Bye Meja Makan Yang 10 Tahun Berjasa

Bye Bye Meja Makan Yang 10 Tahun Berjasa - Sesekali kita up la pulak rumah yang tengah bersepah kan. Apa ada hal ! Amacam, rumah ada macam tongkang pecah tak? Dasyat kan ! Proses make over / renovation dapur, bilik-bilik tidur semua sudah selesai (walau hakikatnya 98% je baru siap). Tapi, kita bundarkan siap je lah kan ! Sekarang ini, masa untuk make over living hall dan dining area. 

Macam biasa, sebelum proses make over. Perkara pertama, mestilah membuang atau keluarkan barang yang rasa dah tak boleh di gunakan lagi. Sebagai contoh sekarang ini adalah meja makan kami ! Bye Bye Meja Makan Yang 10 Tahun Berjasa

Bye Bye Meja Makan Yang 10 Tahun Berjasa



Rumah jadi lapang, tapi pening part nak membuang barang tu kan. Allah je yang tahu. Hati dan jiwa kena kental. Buang saje barang yang tak pakai. Ini adalah rumah, bukan muzium atau pun tempat barang pameran. Hehehe.

Maaflah bebarang ye ! Terima kasih atas jasamu semua !



Tada,,,,ni lah meja makan yang dah 10 tahun tu. Kerusi dari 4, tinggal 3 buah je ! 1 tu dah patah. Tempat duduk tu, ada kesan cakaran sebab dedulu mummy ada anak bulu 2 ekor sebelum kahwin. Peneman lah katanya.

So, habis rumah ada kesan cakaran sana sini.


Terpaksa lah let go sedekah pada jiran tetangga sebab anak-anak dah besar semua nak duduk makan sesama dah. Kami nak kena cari meja makan 6 seaters pulak.

Macam biasa, kami akan cari hat kualiti , plan nya anak cari meja makan marble. Kukuh dan utuh. Moga boleh bertahan sehingga ke cucu cicit lah ye hehehe.

Rumah masih belum 100% dapat kemas, sana sini kena sorong barang. So, bertabahlah je ye !

Nanti dah siap, kami tepek gambar make over rumah kami. Yang penting konsep simple je. Tak ada konsep English ke Dutch ke apa ye..

SHOPPING CADAR BILIK KAMI SALES 11.11 DI SHOPEE

SHOPPING CADAR BILIK KAMI SALES 11.11 DI SHOPEE - Memang tahun ni, setiap kali double celebration 9.9, 10.10, 11.11 memang antara waktu yang mummy nantikan hehe. Shopping pada harga diskaun yang banya, ada free postage dan ada dapat macam-macam lagi benefits. Giler, tak nak ! So, kali ini bilik semua dah cun , lengkap cantik. Perabot bilik anak-anak pun dah sampai. Maka , mummy punya task cari cadar. Cadar comforter set terus kami beli, senang lengkap ! Malas nanti warna berbezalah, warna berlainan lah. Tak nak jadi huru hara, sekali keluar duit je lah ! Tapi, mummy beli cadar bilik kami suami isteri dan bilik Dhia je. Untuk bilik Dzal dan Dain dah lama siap, daddy dah beli cadar queen ber comforter kat Tesco, not bad. Lawa ! 480 threads.

SHOPPING CADAR BILIK KAMI SALES 11.11 DI SHOPEE

SHOPPING CADAR BILIK KAMI SALES 11.11 DI SHOPEE untuk bilik Dhia ni serba pink je lah, actually dia bukan plain pink pun. ada corak timbul. Mummy amals nak amek gamabr close up hehe. Korang boleh tengok kat Shopee : Jean Perry . Sekali gus semua cadar beli di seller yang sama.



Cadar Dhia 480 thread count, warna Pink Bubble Gum dari AnnTaylor. Set ini mengandungan 1 sarung bantal kepala , cadar super single fitted dan comforter. Untk bantal peluk tak ada di sertakan. Kena beli asing nanti.

Harga not bad, selepas diskaun RM99 belum masuk diskaun 11.11 lagi !



Sampai je dari courier hantar, terus pasang hehe dasar tak sabau !



Yang kelakarnya, postage ini asing kepada 3 parcel tau. Entahlah macam mana Jena Perry ni buat. Matress Protector ni antara barang yang paling sampai awal. Harga dalam RM20 macam tu.

Rumah kami memang di wajibkan semua tilam pakai matress protector tau hehe. Nak jaga tilam juga kan, sayang kalau tilam cpt rosak atau berbau. Tilam ni, harganya boleh tahan. Tercekik juga kalau kerap membeli !




Parcel ketiga dari seller sama, dah sampai pun cadar bilik master bedroom kami pula...ye haaaaa. Ye haa...sangat lah kan ! 

Kekonon..

Seronok dapat beli cadar King Size 900 threads ni...murah 900 thread count dalam RM150 (belum diskaun 11.11 lagi. Harga asalnya RM300 lebih. So, ada set comforter murahlah kan.

Sekali sampai ....ha! cadar je? Comforter tak de ! tengok balik Shopee. Erm memang tak ada comforter daaaa.. Adoi, silap tengok kelabu mata dengan threads rupanya hahaha

Nasib rumah ni, ada comforter biru. Bolelah mix and match ye dak...
Rumah pun tak ada air cond, so acceptable lah juga. Tak adalah rasa rugi nak mateyyyy

Walau hakikatnya, memula tu rasa macam nak return je !


Si Daim dah tak sabar, dia rasmikan, selesa katanya. Katil dah cantik mestilah selesa kan. Kami memang particular sket lah bab cadar. Tidur yang selesa adalah tidur yang berkualiti. 

Cadar 900 threads ni sangatlah selesa nampak material dia ala-ala silk !

Erm, sebenarnya, banyak juga lah shopping 11.11 aritu, nanti lah mummy story lagi barang apa yang mummy beli. Kebanyakannya, tak sampai lagi pun ! Huhuhu



NORWEX KAIN LAP KAYANGAN ENVIRO, WINDOW, BODY AND FACE !

NORWEX KAIN LAP KAYANGAN ENVIRO, WINDOW, BODY AND FACE ! - Hai, Assalamualaikum ! femes betul NORWEX KAIN LAP KAYANGAN ENVIRO, WINDOW, BODY AND FACE kan ! Mummy pun terjebak sama dah, kebetulan memang tengak make over rumah dan tengah deko rumah. Tak fikir untuk meniaga kain lap pun. Tapi, kalau ada yang minat mummy boleh explain kan. Kisah tengah make over rumah. Korang boleh bacalah entri lama mummy ye. Di :-
Part 1 : SINI

Part 2 : SINI

Part 3 : SINI

Part 4: SINI




credit : Erin

Rumah dah cantik takkan lah nak nak nampak berhabuk, tak berkilat kan ! Kisahnya, mummy ada beberapa helai kain mikrofiber. Laki kita, soh beli since dia sakit mata nampak semua berhabuk. Erm, lap-lap pun, ada sisa habuk masih tinggal. Lama tak nak kena lap bagi 100% bye bye habuk. Kalau korang kenal mummy, mummy sangat sibuk dengan kerja online, kerja hakiki, kerja rumah, kemas rumah, jaga anak, masak sepanjang PKPB ni. Nak nangis oiii rasanya asyik mengelap je! 


So, kisah dapur . Dah ada kitchen cabinet. Lepas pinggan mangkuk siap cuci dan toskan, pasti nak lap sebelum bawa masuk ke dalam kabinet kan? Mummy dah cuba beberapa jenis kain lain. Ianya tinggalkan habuk kat pinggan mangkuk tu, Uiii..geli kan pinggan mangkuk lap-lap berhabuk. So, di sebakan inilah juga mummy nak juga kain Norwex ini. Dan, YES, clear tak tinggalkan habuk. Sonang keje dennnnn.



Ramai juga kecam kain lap mahal, rugi. Abes buat kabinet dapur memahal tak rugi? Kalau asyik lap pakai chemical based lelama tak ROSAK? Sayang weiii ! 

Dengan Norwex ini boleh lap dengan kain basah. Kain Norwex + air je. Atau pun kain Norwex kering ! Tangan pun tak rosak, betul tak?

Entahlah, tak tahu nak cerita best-best tentang kain ini. Tapi, barang brand yang berkualiti macam Norwex yang ada BacLock. Kain dia ni akan “self-cleanse” dan membunuh semua bacteria pada kain tu secara sendirinya 

APA ITU KAIN NORWEX?


Apa tu sebenarnya Kain Norwex?
Asal-usulnya daripada negara Norway, produk kain Norwex ini tiba di Malaysia hanya tahun 2019. Dengan hanya gunakan kain Norwex dan air sahaja, anda boleh bersihkan seluruh tempat kediaman anda, terutamanya, bahagian dapur dan meja makan. Itu antara sebabnya Kain Norwex ni sering digelar "Kain Ajaib" diantara golongan suri rumah yang terkagum dengan kemudahan dan penjimatan menggunakan kain Norwex ini.

Ciri Ciri Istimewa Kain Norwex
Kain Norwex terdiri dari beberapa koleksi kain yang menakjubkan yang berfungsi seperti berikut:

❤️Keluarkan semua gris dari dapur gas, kuali, meja makan dan sebagainya! Tak perlu sebarang bahan pencuci.

❤️Bersihkan pinggan, mangkuk dan peralatan makanan anda dengan hanya kain Norwex dengan air biasa sahaja, tanpa gunakan sabun!
❤️Bukan sahaja dapur, ia boleh digunakan untuk bersihkan seluruh rumah anda!

❤️Kain muka Norwex, dengan menggunakan air sahaja, membolehkan golongan wanita menanggalkan make-up dalam masa seminit!
 ❤️Kain mandian bayi Norwex membolehkan ibu bapa mandikan bayi mereka tanpa memerlukan sabun! Dalam kain tersebut ada ciri-ciri istimewa untuk menghapuskan 99.999% bakteria!

* Ada juga kain Norwex untuk bersihkan dan mengilatkan kereta dan bahagian krom seperti baru habis polish!
* Benda-benda krom di keliling rumah, tingkap, glas partition mandi dan sebagainya boleh dikilat seperti baru!

TIADA Bahan Pencuci Toksik !
Jomlah kita kurangkan kebergantungan pada bahan pencuci kerana pendedahan diri pada bahan kimia sememangnya bahaya untuk kulit dan diri kita.

Jimat & Jimat lagi!
Dengan menggunakan kain Norwex dalam kehidupan harian, korang bukan hanya menjimatkan lebih 70% dari masa, tetapi juga akan menjimat kos perbelanjaan sebanyak 90% yang biasa nya diguna untuk membeli sabun, detergen dan sebagainya.

JAMINAN DUA TAHUN!
Norwex sangat mempercayai kualiti produk mereka, semua produk Norwex Microfibre mempunyai jaminan dua tahun. Sekiranya korang tidak berpuas hati dengan prestasi produk gentian mikro Norwex, sila hubungi mummy (jika sign up bwh mummy) untuk mengganti barang tersebut, tanpa bayaran tambahan.

Mahal ke Kain Norwex ini. Erm, tak mahal pun serendah RM49 je. tapi kalau korang beli atas RM150 akan menjadi ELITE CUSTOMER secara automatik dan boleh menikmati DISCOUNT 15% dan FREE POSTAGE

Jika belian dibawah RM150, anda hanya perlu tambah RM15 untuk menjadi ELITE CUSTOMER 

Nak diskaun banyak lagi 20% boleh beli stater kit terlebih dahulu, FREE membership.


Mummy pun pakai hat Starter kit dulu. RM95 dapatlah 3 helai kain iaitu Enviro, Window dan Body & Face

Enviro - kain serbaguna.. Boleh lap semua. Kasut, sofa, meja, cermin, tingkap dan macam macam lagi.


Body & face - boleh jadikan makeup remover, kain + air jurrr, boleh juga lap peluh, lap apa apa la untuk body & face sebab boleh buang bacteria. InshaAllah 


Window - lap cermin. Kalau nak bersihkan cermin, mula mula boleh lap pakai wet EnviroCloth, lepas tu lap lagi sekali pakai dry WindowCloth. Hasil dia? Wowwww!


Okay jom layan gambar testimoni dari mummy..

TESTIMONI LAP RUMAH DENGAN KAIN NORWEX DAN AIR SAHAJA !



Gamabr ini, testimoni dari mummy sendiri, mummy lap peti sejuk menggunakan Kain Norwex Enviro dan air sahaja. Sekali dua kali goson je. Licin ! Cepat ! 



Ni pulak, mummy gunakan Norwex Window lap cermin pandang belakang kereta. Menggunakan kain sahaja tampa air ! Berkilat, kan ! Tak perlu glass cleaner lagi. Jimat !


SEBELUM


SELEPAS

Testimoni mummy lap suis-suis lampu menggunakan kain Norwex Enviro lembab / kering sahaja. 1 minit je siap !





Untuk bilik air, tak payah berus bagai dah. Mummy pakai bathroom mit dan batroom cleaner je. Siap cuci, berkilat. 


Dah siap pakai, rendam air suam, bilas, perah, bilas, perah. Sidai gini je ! Senang je kan !


Jika berminat nak dapatkan pada harga diskaun / sebarang pertanyaan :