Translate

Main Ad

SALAM RAMADAN SEMUA!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua ! Hari ini dah hari ke-5 Ramadhan , baru sempat mummy nak wish SELAMAT BERPUASA buat semua sahabat mummy . Ampun ! Lamberttt bethol ! (eh tetiba ejaan ayat BBNU lak ye). Semakin lama, semakin berhabuk nampaknya blog mummy. KPI nak update sehari satu entri tahun ni, masih belum capai piawaian lagi. Bila ntah nak rajinnya !


SALAM RAMADAN SEMUA! 


BTW, korang puasa ke tu? Jangan puasa yang yang yok ! Pepagi buka periuk ye ! Hehe mana yang dah raya tahniah ! Boleh makan dan minum . Tapi, kalau korang kerja, macam mana? selamba makan ke kat tempat kerja tu?

Susah juga kan, walau kita bendera merah, nak makan minum pada bulan Ramadhan ni, bukan mudahkan.


SALAM RAMADAN SEMUA!

Cerita bab puasa tahun ini. Alhamdulillah kerja mummy sekarang ni flexible, kami banyak jaga SOP , semua permohonan medical card, hibah, income protection kami banyak buat secara alam maya berbanding face to face.

Dengan itu, mummy banyaklah masa berada di rumah berbanding di luar. Memang itulah impian mummy. Bulan Ramadan tak mahu kejar duniawi sahaja. Walau hakikatnya, belum habis pun satu juz alquran hahaha ! Tak pelah kan, perbaiki slowly but surely ! Nak sedapkan hati ler tu !

Boleh berada di rumah awal seawal 5.30 petang dan siap beli kuih atau juadah untuk berbuka. KPI yang paling cun mummy boleh buat dan tunaikan ! 

Kalau dulu kerja yang terikat, belum tentu 5.30 petang tu dah ada kat rumah. Sebab kelaur ofis pun 5 atau 5.30 petang. Jem lagi, memang 6 petang atau 6 lebih lah sampai rumah. Terkejar dengan persiapan berbuka aje lah ! Nak berehat pun tak sempat.

melainkan Ramadan tahun lepas lah, PKP kan hehehe. Memang sepanjang Ramadan duduk rumah aje lah ! Memang best, sempat mengaji dan sebagainya. Tapi, di sebabkan satu kejutan PKP tu, mind set pun tak berapa stabil.

Kita dok risau income dan berapa lama lah lagi PKP tu kan.

Dalam masa yang sama. Mummy ni, dok beranganlah juga. Teringin jugalah , nak sambut Ramadan di tanah suci Mekah, di sana memang 100% kita tak fikir duniawi sangat kan. Boleh fokus ibadah 100% di bulan Ramadan. Moga impian ini menjadi satu kenyataan amin ! 

Kadang-kadang tu, rasa rugi juga tak ambil kesempatan rebut pahala di bulan Ramadan,kan. Eh, banyak benar impian mummy ketika Ramadan. Satu-satu lah kita baiki.

Okaylah, simple entri sahaja kali ini. Just untuk wishh SELAMAT BERPUASA buat yang beragama Islam ! Moga ibadah kita di berkati tahun ni ! 

Jangan lupa niat puasa setiap hari ye ! Bagi yang sempat niat sebulan tu, alhamdulillah !
 

Post a Comment

2 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com