MENGAJAR DAIM NAUFAL MENGAJI IQRA SEAWAL 4 TAHUN

MENGAJAR DAIM NAUFAL MENGAJI IQRA SEAWAL 4 TAHUN - Sebenarnya, masa Daim mula mengaji iqra ini , lagi beberapa hari nak masuk 4 tahun. Umur sebenarnya 3 tahun lebih sahaja. Mummy tak pasti samada awal sangat atau lambat sangat dah mengajar Daim Naufal ini mengaji Iqra. Daim Naufal sebenarnya pun amsih pelat lagi. Tapi, bila fikir balik, PKP ini sesuai sangat untuk mengajar anak. Lagi pun, PKP ini, kita ada banyak masa terluang bersama family, takkan nak biarkan masa tu di sia-sia , kan? Mummy berbincang dengan husband untuk mulakan Daim Naufal dengan buku Iqra.

MENGAJAR DAIM NAUFAL MENGAJI IQRA SEAWAL 4 TAHUN


Biasalahkan, bila kita ada suai ini. Ada baiknya, kita minta pendapat suami juga. Walau benda bagus, mengaji iqra ini. Tapi, lebih baik minta restu suami dulu. Dan, mummy pun sebenarnya nak minta tolong daddy juga bantu mummy. Mummy nak minta tolong daddy tengokkan dan ajar Daim mengaji. Mummy dah rasa macam workload sangat WFH musim PKP ni. Tengok kelas sekolah Dhia dan Dzal lagi, nak masak, nak mengemas, nak mengepos barang, dengan kerja hikiki lagi. Alhamdulillah , Daim ari 1st day sampai lah sekarang boleh ingat dah A, Ba, Ta , Tsa. Kami tak push sangat ajar.


MENGAJAR DAIM NAUFAL MENGAJI IQRA SEAWAL 4 TAHUN

Ada juga kawan mummy minta tips, macam mana nak bagi anak mula mengaji dari umur 3 tahun lebih. Mummy tak ada proper tips MENGAJAR DAIM NAUFAL MENGAJI IQRA SEAWAL 3 tahun lebih pun. Cuma apa yang kami pratikkan adalah seperti berikut :-

1. 7 petang, tv, handphone semua tidak di benarkan. Bagi mereka bosan ! Bila bosan tu, anak-anak terpaksi ikut apa yang kita suruh hehehe.

2. 7 petang semua anak-anak dah kena mandi dan bersiap sebelum Maghrib.

3. Selepas Maghrib , masa untuk mengaji. Daim mesti kena pertama untuk mengaji . Sebab abang kakak nya ada masa banyak alasan bila suruh mengaji. Kami tak mahu ada unsur negatif pada Daim. So, Daim kena start dulu hehe. 

4. Memula sekali daddy akan baca dan Daim ikut, kemudian Daim baca sambil daddy perbetulkan.

5. Seterusnya minta Daim ulang dan baca muka surat yang sama sehingga fasih atau selama 3 hari di muka surat yang sama sahaja.

6. Sehingga kini , Daim masih bersemangat mengaji dengan daddy. 

Alhamdulillah, Dhia pun dah juzuk 6 sekarang. Hanya Dzal mummy turunkan ke Iqra 2 sekarang. Sebab main, banyak lupa ! 

Walau Dzal dah mengaji Iqra 4 di rumah Nek Jun, mummy tetap tak berapa puas hati dengan pencapaian Dzal.

Sorry, mummy bab baca iqra, alquran ini memang straight !

3 comments on "MENGAJAR DAIM NAUFAL MENGAJI IQRA SEAWAL 4 TAHUN"

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com