LG PURICARE™ PENULEN AIR TANPA TANGKI LAYAN DIRI

Memang best kalau ada penapis air atau penulen air yang memudahkan kerja seharian kita. Terima kasih kerana mengeluarkan produk Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare™ 

Apa yang menarik tentang LG PuriCare yang terbaharu ni? 

LG PURICARE™ PENULEN AIR TANPA TANGKI LAYAN DIRI


LG PuriCare™ Objet Collection adalah Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri yang diimpikan oleh semua orang. Ianya mempunyai pelbagai kelebihan tersendiri lain dari yang lain.



LG PURICARE™ PENULEN AIR TANPA TANGKI LAYAN DIRI



    LG PuriCare™ | Koleksi Objet


    Dengan itu, LG Electronics Malaysia (LG Malaysia) memperkenalkan era baharu penulenan air yang melangkaui fungsi dengan pelancaran Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare™ | Koleksi Objet. 

    LG PuriCare™ | Koleksi Objet dilengkapi dengan teknologi penulenan yang termaju, produk inovatif ini menggabungkan estetika dan fungsi secara sempurna untuk meningkatkan lagi persekitaran kediaman.

    Warna LG PuriCare™ | Koleksi Objet


    Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare™ | Koleksi Objet menerajui konsep baharu dalam teknologi penulenan air di mana reka bentuk dan warna bertemu untuk menggubah sesuatu yang luar biasa yang turut menyerlahkan lagi keindahan ruang rumah. 


    LG PuriCare™ | Koleksi Objet di datangkan dengan lima pilihan warna yang cantik iaitu Calming Cream White, Calming Beige, Calming Pebble Grey, Calming Pink*, and Calming Cream Sky* - koleksi ini memperkasakan pemilik rumah untuk mencipta ruang yang mencerminkan personaliti mereka yang istimewa dan unik. 


    LG PURICARE™ PENULEN AIR TANPA TANGKI LAYAN DIRI

    Justin Choi, Pengarah Urusan LG Malaysia berkata, “Penulen Air Tanpa Tangki terbaharu ini memainkan peranan yang penting dalam ruang kediaman moden di mana ia bukan sahaja memanfaatkan kesihatan keluarga, ia turut mengindahkan ruang kediaman.” “Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare™ | Koleksi Objet melambangkan komitmen LG untuk mentakrif semula keperluan harian. Kami telah menggabungkan teknologi penulenan air yang canggih dengan reka bentuk yang menawan untuk menghasilkan produk yang dapat melengkapkan keperluan setiap isi rumah.” 


    LG PURICARE™ PENULEN AIR TANPA TANGKI LAYAN DIRI

    LG PuriCare™ | Koleksi Objet mempunyai reka bentuk yang menawan, produk revolusioner ini menyalurkan air yang ditulenkan terus dari sumber air untuk menghasilkan air bersih yang bebas daripada pertumbuhan mikoorganisma. 

    Dengan Sistem Penapis Puri 4-Peringkat, penulen air ini dapat menyingkirkan sembilan jenis logam berat, 99.99% norovirus, dan pelbagai bahan pencemar berbahaya. Produk ini juga boleh dihubungkan dengan aplikasi mudah alih LG ThinQ™ untuk kemudahan yang dipertingkatkan yang membolehkan pengguna membuat kawalan dengan satu sentuhan. 


    Perbezaan LG PuriCare™ | Koleksi Objet dengan Penulen Air Jenama Lain


    Apa yang membezakan Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare™ | Koleksi Objet ini daripada penulen air yang lain ialah Langganan Penapis Layan Diri yang disediakan dengan setiap pembelian, satu kemudahan eksklusif yang hanya ditawarkan oleh LG. Langganan ini didatangkan dengan penapis baharu setiap enam bulan yang akan dihantarkan terus ke pintu rumah anda supaya penukaran penapis dapat dilakukan sendiri dengan mudah dan cepat tanpa perlu menunggu Juruteknik professional LG. Konsep layan diri ini juga dilengkapi fungsi pensterilan automatik yang membolehkan pelanggan menikmati air bersih tanpa gangguan. Bentuk dan fungsi lain yang meningkatkan lagi pengalaman pengguna termasuk:

     ● Panel sentuh mesra pengguna yang membolehkan pelarasan suhu air yang tepat (40°C, 75 °C, 85 °C) dan tetapan isipadu daripada 120ml hingga 1000ml untuk memenuhi keperluan masakan. 

    ● Tap bergerak Automatik dapat menampung ketinggian cawan yang berbeza-beza, mengurangkan percikan sambil memastikan keselamatan. Sebagai sebahagian daripada komitmen LG terhadap kelestarian alam sekitar, penulen air tanpa tangki layan diri ini melengkapkan gaya hidup hijau dengan mengurangkan sisa plastik dan ini menjadikannya pilihan terbaik untuk pengguna yang mementingkan alam sekitar. 


    Selain itu, kecemerlangan produk revolusioner ini juga telah diiktiraf dengan penerimaan 2022 Energy Winner Award dan 2022 GOOD DESIGN Award - membuktikan lagi dedikasi LG terhadap inovasi dan kualiti. 


    Untuk menggalakkan minat pengguna, LG kini menawarkan promosi eksklusif bermula 1 Ogos hingga 31 Oktober di mana pelanggan akan menerima satu (1) Penutup Hadapan (Biru/Merah Jambu) secara percuma dengan pemasangan Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri PuriCare™ | Koleksi Objet. Penambahan bergaya ini meningkatkan estetika produk dengan ciri warna yang mencantikkan lagi persekitaran dapur. 

    Harga LG PuriCare™ | Koleksi Objet


    Mulai hari ini, pelanggan boleh melengkapkan kediaman mereka dengan Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri PuriCare™ | Koleksi Objet terbaharu pada harga berikut: 

    LG PURICARE™ PENULEN AIR TANPA TANGKI LAYAN DIRI





    LG PuriCare™ | Koleksi Objet

    Untuk maklumat lanjut tentang LG dan Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare™ | 

    Koleksi Objet, sila layari laman web rasmi LG https://www.lg.com/my atau ikuti halaman 

    Facebook rasmi LG di https://www.facebook.com/LGMalaysia untuk kemas kini, berita dan promosi terkini.

    2 comments on "LG PURICARE™ PENULEN AIR TANPA TANGKI LAYAN DIRI"

    Welcome back , guys !

    Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

    For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com