RAYA KEEMPAT AIDILFITRI TEAM MUSTARD DI KOK LIM STRAWBERRY PARK CAMERON HIGHLANDS

RAYA KEEMPAT AIDILFITRI TEAM MUSTARD DI KOK LIM STRAWBERRY PARK CAMERON HIGHLANDS - Tadaaaa....masih team baju warna sedondon lagi ! Warna...

RAYA KEEMPAT AIDILFITRI TEAM MUSTARD DI KOK LIM STRAWBERRY PARK CAMERON HIGHLANDS - Tadaaaa....masih team baju warna sedondon lagi ! Warna kuning mustard pulak ! Beraya di mana pada Hari Raya Keempat ni? Kami beraya di Cameron Highlands hehe. Holiday terus... kata daddy. Memang macam ni lah kami, cuti raya merangkap holiday sekali. Ini je lah masa yang hado, kan !


Baju sedondon raya Raya pertama Hijau
Raya kedua Merah
Kok Lim Strawberry tahun 2015

RAYA KEEMPAT AIDILFITRI TEAM MUSTARD DI KOK LIM STRAWBERRY PARK CAMERON HIGHLANDS


RAYA KEEMPAT AIDILFITRI TEAM MUSTARD DI KOK LIM STRAWBERRY PARK CAMERON HIGHLANDS

Jauh berjalan, eh..sebenarnya dari Kamunting tu tak jauh pun nak ke Cameron Highlands. Keluar exit Simpang Pulai je ! Lagi pun, nak balik ke KL jem yakmat. Ada baiknya, kami berhenti berehat di Cameron Highlands. Thanks to sponsored ! Siapa yang sponsor? Of course lah cik suami kita a.k.a daddy pada anak-anak kami ! Ni yang buatkan mummy bertambah sayang pada daddy ni. Daddy cukup memahami jiwa mummy. Cakap dalam hati pun, dia boleh tahu. Hehehe

Okay, sambung cerita holiday ke Cameron Highlands ni. Eh...Jenuh nak perabihkan entri raya dan jalan pada hari raya. Nanti, simpan lama-lama...boleh basi dan tak ter update. So, kasik laju-laju marathon up entri Jalan bercuti ke Cameron Highlands !


RAYA KEEMPAT AIDILFITRI TEAM MUSTARD DI KOK LIM STRAWBERRY PARK CAMERON HIGHLANDS

Eh, aiskrim pink fong pun ada ! Famous aiskrim ni. Anak-anak suka! Posing seketui kat sini. Actually, nak ambil gambar parking kereta. Tapi, tak terambil. Kok Lim Strawberry ni, parking senang ! Nak masuk ke kebun strawberry pun mudah, tepi jalan je. Tak payah masuk sana sini dengan kereta.

Cameron Highlands ni, tetau je lah ! Tak pernah tak jem waktu cuti. Kena pandai plan nak ke mana dan di mana !


RAYA KEEMPAT AIDILFITRI TEAM MUSTARD DI KOK LIM STRAWBERRY PARK CAMERON HIGHLANDS

Kok Lim Strawberry Cameron Highlands ni kira macam mana? Harga entrance fee Kok Lim Strawberry Park ni untuk 4 dewasa berharga RM60 dan boleh petik bawa balik 1 kg strawberry.

RAYA KEEMPAT AIDILFITRI TEAM MUSTARD DI KOK LIM STRAWBERRY PARK CAMERON HIGHLANDS

Anak-anak kitorang sehari je, boleh habiskan 1/2 kg. Dorang hantu strawberry ! Dan yang lelain tu, kita baga sorang sedikit kat mak dan adik je lah !


Daddy melayan anak-anak petik buah strawberry di Kok Lim Strawberry Cameron Highlands . Mummy jaga baby Daim dalam carrier dan as usual  photographer a.k.a camera woman.


Banyak gambar anak-anak dalam kamera phone. Tepek amna sempat je lah ye ! Selebihnya album di Facebook ! Hehehe


Gambar Dhia pulak sebagai kenang-kenangan di Kok Lim Strawberry Cameron Highlands


Dan, last but not least mummy dan baby Daim Naufal di Kok Lim Strawberry Cameron Highlands.



Jem wei, sapa nak naik atas..kami tak pi atas dah hehe. Bertabah ah korang.


Makan strawberi seketui dua 😉


 Fresh juice ! perghhh padu air nya !



Settled ke Kok Lim Strawberry Cameron Highlands , kami meneruskan misi mencari sayur !


You Might Also Like

12 comments

  1. Bestnya sedondon wsrna mustard pastu gu jenjalan CH

    ReplyDelete
  2. gi masuk time tunnel tu tak linda? sedapnya strawberi..

    ReplyDelete
  3. geramnya tengok strawberry dia fresh belaka!

    ReplyDelete
  4. sonoknya..pakej sekali cuti raya dengan jenjalan...

    ReplyDelete
  5. Hahahha sempat ya time raya seselit gi CH

    ReplyDelete
  6. Bestnya... seronok tengok semua happy. Baju sedondon holiday menarik mcm ni. Lama tak naik sni.. boleh next plan.

    ReplyDelete
  7. terus rasa kembang kuncup pipi ni tengok strawberry

    ReplyDelete
  8. Seronoknye berjalan kat CH raya sedondon lagi..

    ReplyDelete
  9. happy holidays dan selamat hari raya

    ReplyDelete
  10. i love going to CH.
    sejuk. makanan best and fresh.

    ReplyDelete
  11. Bestnya.. Strawberry memnag feveret anak-anak.. Rm60 siap dapat petik 1kg strawberry, okay tu..

    ReplyDelete
  12. Wah, bestnya kak. Kuning mustard, lawa !:)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -