Showing posts with label Darjah 1. Show all posts
Showing posts with label Darjah 1. Show all posts

DAFTAR DARJAH 1 TAHUN 2020 UNTUK SEKOLAH RENDAH AGAMA DHIA BATRISYA

DAFTAR DARJAH 1 TAHUN 2020 UNTUK SEKOLAH RENDAH AGAMA DHIA BATRISYA -  Alhamdulillah, pendaftaran sekolah rendah agama untuk darjah 1 tahun 2020 telah di buka. Apa lagi, memang kena cepat-cepatlah daftar. Kang penuh, susah pulak...sian Dhia tu nanti kang. Sekolah rendah agama ini, merupakan mummy masa kecil-kecil dulu. Bagusnya sekolah ini, sebab 100% under JAIS (kerajaan) bukan swasta. Jadi, yurannya pun, bukan yuran cekik darah. Manakala, sukatan pembelajaran pula, memang ikut silibus kerajaan Malaysia. Kitakan rakyat Malaysia ! Hehe

DAFTAR DARJAH 1 TAHUN 2020 UNTUK SEKOLAH RENDAH AGAMA DHIA BATRISYA


DAFTAR DARJAH 1 TAHUN 2020 UNTUK SEKOLAH RENDAH AGAMA DHIA BATRISYA -  Alhamdulillah, pendaftaran sekolah rendah agama untuk darjah 1 tahun 2020 telah di buka. Apa lagi, memang kena cepat-cepatlah daftar. Kang penuh, susah pulak...sian Dhia tu nanti kang. Sekolah rendah agama ini, merupakan mummy masa kecil-kecil dulu. Bagusnya sekolah ini, sebab 100% under JAIS (kerajaan) bukan swasta. Jadi, yurannya pun, bukan yuran cekik darah. Manakala, sukatan pembelajaran pula, memang ikut silibus kerajaan Malaysia. Kitakan rakyat Malaysia ! Hehe    DAFTAR DARJAH 1 TAHUN 2020 UNTUK SEKOLAH RENDAH AGAMA DHIA BATRISYA     DAFTAR DARJAH 1 TAHUN 2020 UNTUK SEKOLAH RENDAH AGAMA DHIA BATRISYA. Bila siap daftar ni, memang satu kelegaan buat mummy dan daddy. Tinggal nak follow up pengesahan sahaja pada bulan Oktober ni. Sekolah Rendah Agama ni, semua manual. Tak adanya online-online. SO, Oktober nanti mummy atau daddy kena datang sekolah ni balik untuk buat pengesahan darjah 1 tahun 2020 untuk Dhia.  Sekolah kebangsaan pulak, cek pengesahan darjah satu (1) tahun 2020 bermula pada bulan Ogos 2019. Nasib baik boleh online.   Mummy paling risau bab persekolahan anak-anak ni. Lelagi... bab pendaftaran darjah 1. Sekolah kebangsaan, kena daftar 2 tahun sebelum dan pengesahannya pula 5 bulan sebelum.  Buat masa ni, kami sekolahkan anak-anak di sekolah yang berhampiran je. Tengoklah esok-esok kot ada rezeki lain nak berpindah kerja ke..dadddy dapat offer memana ke. Di kawasan rumah atau sekitarnya atau oversea ke (ehhhh hahaha). Baru kita fikir lain pula.   Mummy ada banyak planning juga. Kita hanya mampu merancang..Allah jua yang akan menentukan.  Apapun, mummy sentiasa berdoa agar...semua urusan kami sekeluarga di permudahkan.  Mummy juga mendoakan korang yang baca entri ini di permudahkan urusan setiap masa. Aminnnn  Baca juga :   Pendaftaran Dhia Darjah 1 Tahun 2020  Hantar Dokumen Dhia Darjah 1 Tahun 2020  Pendaftaran Dzal Darjah 1 Tahun 2021

DAFTAR DARJAH 1 TAHUN 2020 UNTUK SEKOLAH RENDAH AGAMA DHIA BATRISYA. Bila siap daftar ni, memang satu kelegaan buat mummy dan daddy. Tinggal nak follow up pengesahan sahaja pada bulan Oktober ni. Sekolah Rendah Agama ni, semua manual. Tak adanya online-online. SO, Oktober nanti mummy atau daddy kena datang sekolah ni balik untuk buat pengesahan darjah 1 tahun 2020 untuk Dhia.

Sekolah kebangsaan pulak, cek pengesahan darjah satu (1) tahun 2020 bermula pada bulan Ogos 2019. Nasib baik boleh online. 

Mummy paling risau bab persekolahan anak-anak ni. Lelagi... bab pendaftaran darjah 1. Sekolah kebangsaan, kena daftar 2 tahun sebelum dan pengesahannya pula 5 bulan sebelum.

Buat masa ni, kami sekolahkan anak-anak di sekolah yang berhampiran je. Tengoklah esok-esok kot ada rezeki lain nak berpindah kerja ke..dadddy dapat offer memana ke. Di kawasan rumah atau sekitarnya atau oversea ke (ehhhh hahaha). Baru kita fikir lain pula. 

Mummy ada banyak planning juga. Kita hanya mampu merancang..Allah jua yang akan menentukan.

Apapun, mummy sentiasa berdoa agar...semua urusan kami sekeluarga di permudahkan.

Mummy juga mendoakan korang yang baca entri ini di permudahkan urusan setiap masa. Aminnnn

Baca juga : 



SELESAI DAFTAR DARJAH 1 TAHUN 2021 UNTUK DZAL

SELESAI DAFTAR DARJAH 1 TAHUN 2021 UNTUK DZAL -  Alhamdulillah, sejurus je Kementerian Pelajaran buka portal untuk pendaftaran online tahun 1 bagi anak-anak yang lahir pada tahun 2014. 2 hari selepas itu, mummy terus cepat-cepat daftar online kemasukan darjah 1 untuk Dzal. Ye la, kekadang kita ni sibuk buat itu dan ini. Ada masa boleh terlupa benda yang penting. 


Kebiasaannya, benda yang tersangat penting ni. Mummy tak ajar diri untuk berlengah. Sebab bila bertangguh nanti, takut ada perkara yang tak di ingini berlaku seperti website tak boleh masuk, di opis pulak ada kerja urgent berhari-hari. 

Tak ke naya?? 


SELESAI DAFTAR DARJAH 1 TAHUN 2021 UNTUK DZAL 


SELESAI DAFTAR DARJAH 1 TAHUN 2021 UNTUK DZAL

Seawal pagi, sebelum masuk ofis..mummy singgah terus sekolah untuk Dzal. 

Untuk menghantar beberapa dokumen yang sekolah kehendaki. 

Alhamdulillah, tak ada siapa pun datang mendaftar masa kedatangan mummy di sekolah. Parking senang, urusan pun senang je  

Syukur.. MUrusan mummy berjalan dengan lancar je. 

SELESAI DAFTAR DARJAH 1 TAHUN 2021 UNTUK DZAL

Selepas siap mendaftar kemasukan darjah satu tahun 2021. Semua borang tersebut hendaklah di cetak (print).

Antara dokumen yang perlu di bawa ke sekolah pula :-

Borang yang telah di cetak
Surat beranak anak (asal dan fotostat) 
Salinan kad pengenalan ibubapa / penjaga
Sslinan sijil perkahwinan ibubapa 
Bil air / elektrik (asal) 

Kesemua checklist ni ada dalam portal Kementerian Pelajaran (permohonan kemasukan darjah 1)


SELESAI DAFTAR DARJAH 1 TAHUN 2021 UNTUK DZAL

Yeaaaayyy... Selesai pendaftaran kemasukan darjah 1 tahun 2021 untuk Dzal. 

Malam sebelum tu, masa nak siapkan dokumen. Ternampak surat beranak Dhia. 

Dhia pun daftar darjah satu tahun 2020 tarikh yang sama juga 6 Mac.

Tarikh sama ni... Semua berlaku tanpa di rancang. Allah sebaik-baik perancang !

Daftar Kemasukan Darjah Satu Bagi Tahun 2020, Anak Lahir Pada Tahun 2013

Daftar Kemasukan Darjah Satu Bagi Tahun 2020, Anak Lahir Pada Tahun 2013 - Pejam celik, pejam celik... rupanya mummy dah nak kena daftar Dhia Batrisya untuk kemasukan darjah 1 untuk tahun 2020 secara online. Korang kalau ada anak atau kenalan yang lahir pada tahun 2013 di Semananjung Malaysia. Mohon sebarakan berita ini, ye ! Bagi Sabah dan Sarawak, mereka masih boleh daftar darjah 1 secara manual di sekolah berdekatan. 

Daftar Kemasukan Darjah Satu Bagi Tahun 2020, Anak Lahir Pada Tahun 2013. Secara rasminya, boleh tengok di  SINI pada 1 Mac 2018. Bagi anak yang lahir pada 2012 . Kalau terlepas pandang hal ini, mungkin boleh cuba daftar sekali pada tahun ni 2018. 

Daftar Kemasukan Darjah Satu Bagi Tahun 2020, Anak Lahir Pada Tahun 2013


Daftar Kemasukan Darjah Satu Bagi Tahun 2020, Anak Lahir Pada Tahun 2013.


Bagaimana nak buat permohonan Tahun 1 Ambilan 2019/ 2020? Macamana caranya? Okay..di sini mummy sertakan sedikit informasi dan maklumat  permohonan kemasukan Tahun 1 ambilan 2019/ 2020 :-

1. Permohonan Tahun 1 Ambilan 2019/ 2020 adalah melalui online Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) KPM untuk seluruh negeri di Semenanjung Malaysia sahaja. Manakala bagi Negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, seperti yang mummy terangkan di atas tadi. Permohonan adalah secara manual melalui sekolah.

2. Permohonan Tahun 1 Ambilan 2019/ 2020 adalah melalui online Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) KPM dibuka mulai 1 Mac 2018 hingga 30 April 2018

3. Hanya ibu/bapa/penjaga sahaja yang dibenarkan membuat permohonan bagi murid Tahun 1 Ambilan 2019/ 2020 melalui online Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) KPM

3. Permohonan Tahun 1 Ambilan 2019/ 2020 adalah melalui online Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) KPM boleh di akses melalui sesawang : https://public.moe.gov.my/ 

4. Manakala bagi pengguna baharu, sila layari https://public.moe.gov.my/?kpm=daftarpengguna untuk pendaftaran.

5. Jangan  silap daftar ye ! Kemasukan Tahun 2019 adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2012 hingga 1 Januari 2013.

6. Kemasukan Tahun 2020 adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2013 hingga 1 Januari 2014.


4 CARA MEMBUAT PENDAFTARAN TAHUN SATU SECARA ONLINE


Jika permohonan Tahun 1 Ambilan 2019/ 2020 melalui online Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) KPM boleh di akses . Next step, apa yang perlu di lakukan? Untuk langkah seterusnya..:-

1. Log in. 
Masukkan kata nama dan laluan.

2. Isi Borang Online. 
Borang ini, borang yang terdapat pada laman web Kementerian Pendidikan Malaysia.

3. Cetak Borang
Selesai isi borang online dengan lengkap. Terus buat percetakan borang tersebut. Borang itu, wajib di cetak untuk tujuan pengesahan di sekolah.

4. Pergi ke Sekolah Yang di Pohon
Borang yang telah di cetak tadi, ibu bapa WAJIB hadir ke sekolah yang dipohon. Bukan boleh datang bebila masa tau ! Ibu bapa kena datang ke sekolah tersebut pada waktu yang di tetapkan untuk membuat pengesahan.

6 DOKUMEN WAJIB BAWA UNTUK PENDAFTARAN TAHUN 1 2020 :-


Sebelum ke sekolah. Ibu bapa WAJIB bawa dokumen berikut dalam bentuk asal dan salinan:

1) Cetakan borang permohonan online
2) Sijil lahir ANAK / anak angkat
3) Bukti alamat tempat tinggal (Bil elektrik/ bil air/ bil utiliti)
4) Kad pengenalan ibu bapa / penjaga
5) Surat nikah / surat cerai
6) Kad OKU / Imunisasi - rekod buku inject / cucuk anak dari lahir sampai 2 tahun (jika berkaitan)

Selepas semua langkah di atas selesai. Ibu bapa boleh buat semakan keputusan pendaftaran Tahun Satu sekitar bulan Julai/Ogos 2018 (tertakluk pada Kementerian Pelajaran . Sila semak website mereka dari semasa ke semasa)

Jika pendaftaran Tahun 1 Ambilan 2019/ 2020 melalui online Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) KPM berjaya , sekolah akan mengemukakan surat tawaran yang perlu dibawa pada hari pertama persekolahan.

Jika tidak berjaya, ibubapa boleh membuat rayuan pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Oleh kerana lagi 2 bulan je tarikh permohonan Tahun 1 Ambilan 2019/ 2020 melalui online Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) KPM.  Entri ini, mummy buat awal-awal. Untuk peringatan mummy dan kawan-kawan yang memebaca.

Jom mark calendar sekarang ! 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pendaftaran ini, ibu bapa boleh berhubung dengan pihak Kementerian atau sekolah.

Semoga berjaya semua !