Showing posts with label beauty. Show all posts
Showing posts with label beauty. Show all posts

PENGALAMAN FACIAL DI MYCLINIC UNTUK SILK PEEL DAN TONING LASER

Pakar kecantikan menyarankan facial secara mendalam perlu di buat 3 minggu sekali untuk kulit wajah lebih sihat dan juga tidak kusam. Ini juga, merupakan salah satu azam tahun baru mummy, nak kulit cantik berseri dan tidak kusam. Almaklumlah umur dah 42 tahun, kan .


PENGALAMAN FACIAL DI MY CLINIC UNTUK SILK PEEL DAN TONING LASER

PENGALAMAN FACIAL DI MY CLINIC UNTUK SILK PEEL DAN TONING LASER



Jadi, kali ini mummy memilih ke MyClinic Aesthetic Clinic Malaysia cawangan Shah Alam untuk 2 rawatan dalam 1 sesi facial iaitu Silk Peel dan Toning Laser. Rawatan facial Silk Peel dan Toning Laser di MyClinic ini berjalan selama 2 jam. Rasa macam lama, tapi, sebenarnya sekejap je. Tak rasa lama mana pun.

MyClinic Aesthetic Clinic Malaysia


Mummy suka dengan suasana MyClinic Aesthetic Clinic Malaysia ini, suasana cozy, cantik dan tenang. Sampai di MyClinic Shah Alam, mummy disapa beautician mereka. Peramah mereka semua ! MyClinic, merupakan klinik yang bertauliah, mempunyai pelbagai pengiktirafan termasuklah KKM. 

Doktor MyClinic Aesthetic Clinic Malaysia juga mempunyai Certification of Medical Aesthetics (LCP) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) . Beautician MyClinic juga adalah pekerja yang berkemahiran dan bertauliah.

PENGALAMAN FACIAL DI MY CLINIC UNTUK SILK PEEL DAN TONING LASER

PENGALAMAN FACIAL DI MY CLINIC UNTUK SILK PEEL DAN TONING LASER

Facial Silk Peel dan Toning Laser


Kemudian, mummy berjumpa dengan Doktor Chong. Doktor Chong menerangkan masalah kulit mummy dan menyarankan rawatan facial Silk Peel dan Toning Laser. Mummy bersetuju dengan cadangan Doktor Chong.

Seterusnya....sesi rawatan pun bermula bersama beautician Esther. Rawatan bermula dengan membersihkan wajah secara double cleansing, Toning Laser dan facial Silk Peel.


PENGALAMAN FACIAL DI MY CLINIC UNTUK SILK PEEL DAN TONING LASER




Rawatan Muka Toning Laser


rawatan muka toning laser adalah teknik perawatan kulit wajah untuk meningkatkan ketegangan kulit dan menghilangkan tanda penuaan. Melalui penggunaan sinar laser, kolagen dan elastin akan diserap ke dalam, lalu membantu memperbaiki struktur kulit kasar dan kendur.


Kebaikan Rawatan Muka Toning Laser

Antara kebaikan rawatan muka toning laser adalah :-
- Mencerahkan dan meratakan warna kulit
- Menghaluskan kulit wajah
- Mengecilkan pori-pori wajah
- Mengurangi produksi minyak berlebih

PENGALAMAN FACIAL DI MY CLINIC UNTUK SILK PEEL DAN TONING LASER



PENGALAMAN FACIAL DI MY CLINIC UNTUK SILK PEEL DAN TONING LASER
PENGALAMAN FACIAL DI MY CLINIC UNTUK SILK PEEL DAN TONING LASER

PENGALAMAN FACIAL DI MY CLINIC UNTUK SILK PEEL DAN TONING LASER

Facial Silkpeel Dermalinfusion


Facial Silkpeel Dermalinfusion adalah rawatan pengelupasan inovatif yang meransang pengeluaran kolagen yang baharu sambil memberikan rawatan cecair yang meresap jauh ke lapisan kulit. Prosedur Silkpeel Dermalinfusion ini menggunakan berlian gred perubatan untuk menghilangkan sel-sel kulit mati, mengurangkan pigmentasi di atas kulit dan mengurangkan garis-garis halus dan kedutan.


Kebaikan Facial Silk Peel Dermalinfusion



Ada banyak kebaikan facial Silkpeel Dermalinfusion. Rawatan muka Silk Peel Dermalinfusion adalah rawatan ideal untuk kulit kombinasi, berjerawat dan berminyak. Ianya dapat meminimumkan kesan akibat terdedah kepada matahari. Teknik rawatan muka Silk Peel Dermalinfusion juga dapat merawat kulit  kusam. Silk Peel Dermalinfusion akan membersihkan dan meremajakan, menghaluskan, melembabkan serta meratakan warna kulit. 

Kelebihan lain Silkpeel Dermalinfusion termasuklah yang berikut:


- Merangsang pertumbuhan sel baharu
- Menghidrat semula kulit kering
- Mengurangkan pigmentasi kulit
- Memperbaiki tekstur kulit
- Merawat garis-garis halus, kedutan dan bintik-bintik hitam

PENGALAMAN FACIAL DI MY CLINIC UNTUK SILK PEEL DAN TONING LASER

Testimoni Rawatan di MyClinic Aesthetic Clinic Malaysia


Nak testimoni rawatan di MyClinic Aesthetic Clinic Malaysia ? Kalau korang nak tahu, ramai artis dan influencer buat rawatan di MyClinic Aesthetic Clinic Malaysia ni.Seperti Mimi LAna, Shahrizad, hawa Rizwana dan ramai lagi. Kiranya, MyClinic ini memang trusted dan rawatan di sini sangat bagus.

Selepas je, rawatan di MyClinic Aesthetic Clinic Malaysia muka mummy agak merah. Ye lah, baru lepas buang white head, black head, dan lain-lain rawatan. Tapi, MyClinic ada berikan 1 krim untuk disapukan pada wajah selama 3 malam. Krim tu, bertujuan untuk hilangkan kemerahan pada kulit wajah. Alhamdulillah, sekali guna dah hilang merah pada muka.

Kulit mummy lebih lembut, bersih dan lembap (walau kombinasi, tapi banyak part kering juga).

Macam mana nak buat appointment di Rawatan di MyClinic Aesthetic Clinic Malaysia untuk buat rawatan dan facial? Senang je, korang boleh hubungi terus ke :-

Telefon : 03-7710 9889
Email : info@myclinic.com.my
Website : myclinic.com.my

Damansara Utama (HQ)
Cawangan : Puchong | Cheras | 
Melawati | Mount Austin, JB | Bangi | Kelantan | Shah Alam | Sutera Utama, JB

Buka hari Isnin - Ahad 10.00 pagi - 6.30 petang

SCENTIFY BY ENCHANTEUR MENGGOSOK 10700 PAKAIAN DALAM MASA SEHARI

SCENTIFY BY ENCHANTEUR MENGGOSOK 10700 PAKAIAN DALAM MASA SEHARI  - SCENTIFY by ENCHANTEUR, Jenama Penvegar Fabrik Terbaharu lancar dengan maraton 24 jam. Tugas membersih dan mengemas rumah kini lebih menyeronokkan dengan SCENTIFY by Enchanteur.


Rangkaian baharu SCENTIFY Eau de Fabric dan Eau de Car ini dicipta atas permintaan tinggi pengguna terhadap produk penyegar fabrik dan pewangi kereta yang tidak terhad kepada membasmi atau menghilangkan bau kurang enak. Malahan, SCENTIFY by Enchanteur Eau de Fabric juga menjadikan sesi menggosok pakaian atau melakukan kerja rumah anda lebih mengujakan menerusi 3 variasi wangian premium yang membangkitkan mood. Rangkaian ini juga adalah bukti dedikasi jenama Enchanteur yang komited dalam meningkatkan gaya hidup pengguna.


SCENTIFY BY ENCHANTEUR MENGGOSOK 10700 PAKAIAN DALAM MASA SEHARI

SCENTIFY BY ENCHANTEUR MENGGOSOK 10700 PAKAIAN DALAM MASA SEHARI

Marathon Menggosok Pakaian bersama SCENTIFY by Enchanteur


SCENTIFY by Enchanteur sebuah rangkaian semburan penyegar fabrik terbaharu dari jenama wangian kegemaran Malaysia. Sempena pelancaran rangkaian baharu ini, satu acara maraton menggosok pakaian telah diadakan di MYDIN Hypermarket USJ di mana seramai 80 orang telah menggosok lebih 10,700 helai pakaian dalam masa 24 jam. 

Maraton 24 jam yang bermula pada 29 November ini bukan sahaja acara menggosok pakaian semata-mata, malah untuk menampilkan kelebihan SCENTIFY by Enchanteur Eau de Fabric kepada penonton dan orang ramai, di mana fungsinya tidak hanya terhad kepada menyegar fabrik, tetapi juga sebagai peneman ketika menggosok pakaian. Kini, aktiviti menggosok pakaian lebih memberangsangkan dan pakaian akan kekal wangi untuk tempoh yang lebih lama! 


SCENTIFY BY ENCHANTEUR MENGGOSOK 10700 PAKAIAN DALAM MASA SEHARI

SCENTIFY BY ENCHANTEUR MENGGOSOK 10700 PAKAIAN DALAM MASA SEHARI

SCENTIFY BY ENCHANTEUR MENGGOSOK 10700 PAKAIAN DALAM MASA SEHARI

 

Izzue Islam dan Wany Hasrita Duet Menggosok


Turut memeriahkan acara, selebriti terkenal penyanyi Wany Hasrita dan pelakon Izzue Islam telah bergabung dalam sebuah "duet menggosok" sebagai penutup kepada penutup 24 jam. Di kemuncak acara, sejumlah 10,000 helai pakaian berjaya digosok dalam tempoh hanya satu hari, melayakkan SCENTIFY oleh Enchanteur Eau de Fabric dalam The Malaysia Book of Records bagi "Jumlah Pakaian Terbanyak yang Digosok dalam Sehari". 


SCENTIFY BY ENCHANTEUR MENGGOSOK 10700 PAKAIAN DALAM MASA SEHARI

SCENTIFY BY ENCHANTEUR MENGGOSOK 10700 PAKAIAN DALAM MASA SEHARI



SCENTIFY oleh Enchanteur Eau de Fabric dalam The Malaysia Book of Records


Sijil rasmi ini telah dianugerahkan oleh pihak The Malaysia Book of Records kepada Puan Rozaina & Encik Syed Ashiq selaku wakil dari SCENTIFY manakala pihak Mydin Mohamed Holdings Berhad diwakili oleh Yang Berbahagia Datin Wira Dr Hajah Siti Hawa Mohd dan Yang Berbahagia Dato' Murad Ali Mydin Mohamed, merangkap Pengarah-Pengarah Eksekutif Mydin Mohamed Holdings Berhad. 

SCENTIFY BY ENCHANTEUR MENGGOSOK 10700 PAKAIAN DALAM MASA SEHARI

SCENTIFY BY ENCHANTEUR MENGGOSOK 10700 PAKAIAN DALAM MASA SEHARI


Kejayaan maraton dan pensijilan ini jelas membuktikan SCENTIFY Eau de Fabric adalah "rakan" penting bagi setiap isi rumah kerana, selain menyegar fabrik, ia juga membuat tugas membersih dan mengemas lebih seronok dengan wangian mewah. Dalam kata lain, SCENTIFY Eau de Fabric bukanlah penyegar biasa-biasa! 


Segera dapatkan SCENTIFY by Enchanteur Eau de Fabric (370ml) pada harga RM9.50 di Semenanjung Malaysia Dan RM10.00 bagi Sabah dan Sarawak, dan rangkaian SCENTIFY by Enchanteur Eau de Car (14ml) pada harga RM9.90 in Semenanjung Malaysia dan RM10.40 bagi Sabah dan Sarawak di semua peruncit utama, pasaraya, and pasar-pasar hyper di seluruh negara. Segarkan kehidupan dengan SCENTIFY !

PEMBUKAAN GUARDIAN STOR PREMIUM DI MID VALLEY KUALA LUMPUR

Guardian Malaysia adalah peneraju rantaian runcit farmasi, kesihatan dan kecantikan terkemuka di negara itu telah mengukuhkan tawaran perniagaannya menerusi stor konsep unik seluas 7000 kaki persegi ini, memanfaatkan trend kesihatan dan kecantikan global terkini, serta trend pengguna yang sentiasa berubah. Guardian Malaysia menjanjikan pengalaman membeli-belah serba baharu untuk pelanggan.



PEMBUKAAN GUARDIAN STOR PREMIUM DI MID VALLEY KUALA LUMPUR

PEMBUKAAN GUARDIAN STOR PREMIUM DI MID VALLEY KUALA LUMPUR

Guardian Melancarkan Stor Premium 


Tahniah kepada Guardian Malaysia di atas pelancaran stor premium utamanya yang serba baharu, tercanggih dan yang terbesar di Asia Tenggara di Pusat Membeli-Belah Mid Valley, Kuala Lumpur. 

PEMBUKAAN GUARDIAN STOR PREMIUM DI MID VALLEY KUALA LUMPUR

PEMBUKAAN GUARDIAN STOR PREMIUM DI MID VALLEY KUALA LUMPUR


Promosi Pembukaan Guardian Mid Valley Kuala Lumpur


Sempena pembukaan cawangan premium terbaharu, Guardian Mid Valley Kuala Lumpur mengadakan promosi besar-besaran. Antara Promosi-promosi yang ada di Guardian Mid Valley adalah seperti RM1 untuk satu barangan pada 1 -2 November 2023, kupon diskaun RM5 untuk setiap pembelian, free gifts with purchase, tambahan 5% untuk setiap RM40 ke atas dalam satu resit dan hadiah misteri bernilai RM150 dengan setiap pembelian RM200 ke atas.


PEMBUKAAN GUARDIAN STOR PREMIUM DI MID VALLEY KUALA LUMPUR

PEMBUKAAN GUARDIAN STOR PREMIUM DI MID VALLEY KUALA LUMPUR

Susun atur stor utama Guardian yang unik akan menampilkan segmen produk baharu seperti ruangan Clean & Natural Beauty menampilkan produk penjagaan kulit, penjagaan rambut, dan kosmetik yang diformulasi menggunakan bahan selamat, bebas toksik dan mesra alam. Ruangan Tweens menampilkan produk kecantikan yang ceria, berwarna-warni serta selamat digunakan untuk pembeli muda berumur 8 hingga 12 tahun, manakala bahagian Salon-At-Home yang pertama seumpamanya dikuasakan oleh L’Oreal menawarkan pelanggan pengalaman memanjakan diri yang mewah disamping menikmati rangkaian produk penjagaan rambut komprehensif yang disesuaikan mengikut keperluan unik mereka.

Turut dimuatkan adalah ruang Wellness di bahagian Penjagaan Kesihatan yang menumpukan kepada produk keperluan kesihatan dan kecerdasan pelanggan, seperti serbuk protein dan makanan kesihatan.

Stor ini bakal menjadi stor utama Guardian pertama yang dilengkapi fasad berskrin animasi LED, skrin paparan LED digital dinamik dan interaktif di seluruh stor dan dua tiang interaktif khas yang memaparkan maklumat produk interaktif menerusi hologram dan berfungsi sebagai tanda navigasi.


PEMBUKAAN GUARDIAN STOR PREMIUM DI MID VALLEY KUALA LUMPUR



Menjelaskan stor konsep baharu itu sebagai ‘revolutionary’ dan ‘evolutionary’, Priscilla Wu, Pengarah Urusan, Health and Beauty, Malaysia dan Brunei, berkata:

“Pelanggan Guardian akan menikmati pengalaman membeli-belah yang serba baharu di stor premium utama baharu kami. Ia melambangkan pertumbuhan kukuh dan kejayaan berterusan jenama Guardian di Malaysia dan merupakan bukti komitmen tanpa henti Guardian dalam menawarkan produk kesihatan dan kecantikan terbaik di pasaran pada nilai terbaik kepada pelanggan kami.

“Pelaburan kami dalam stor konsep baharu ini mewujudkan pengalaman membeli-belah yang unggul dan terbaik dalam kelasnya dengan kategori produk baharu yang telah berkembang seiring dengan permintaan dan trend baharu pengguna. Ia akan memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih tersendiri, informatif dan interaktif kepada pelanggan. Kami juga akan memperkenalkan lebih 30 jenama penjagaan kulit dan kosmetik baharu ke stor kami, dengan 20 rangkaian penjagaan kulit dan lebih 10 jenama kosmetik baharu, yang mana kebanyakannya adalah eksklusif untuk Guardian.”

Jenama baharu itu termasuk jenama mandian Tanamera Natural, serta jenama penjagaan rambut eksklusif dari Jepun (Ahalo, Fun Azum, Theratis, Kose Bioless dan Kose Je L’aime) dan Korea (Mise En Scene dan Ryo).


PEMBUKAAN GUARDIAN STOR PREMIUM DI MID VALLEY KUALA LUMPUR


Konsep Terbaharu Oral B dan Sensodyne


Stor utama berkeluasan 7000 kaki persegi baharu itu juga akan mempamerkan konsep baharu daripada jenama penjagaan mulut, Oral B dan Sensodyne.

Sensodyne akan mempunyai paparan khas di Guardian Mid Valley dan pelanggan akan dapat melihat sendiri bagaimana ubat gigi #1 di Malaysia* dihidupkan menerusi paparan interaktif, memberikan kesedaran tentang sensitiviti gigi. Dengan 71% rakyat Malaysia mengalami gigi sensitif, mereka kini boleh mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana gigi sensitif boleh diatasi dengan varian Sensodyne.

*Berdasarkan Indeks Perkhidmatan Runcit untuk segmen Sensitif dalam kategori Ubat Gigi bagi tempoh 12 bulan berakhir April 2023, untuk Total Malaysia Market. (Hak Cipta © 2023, NIQ.)

Oral B pula akan membawa masuk pusat pengalaman ‘Powered Oral Care’ interaktif pertamanya dimana pelanggan boleh memanfaatkan program sensori untuk menyentuh, merasai dan membandingkan produk di kios digital yang turut menyediakan pendidikan tabiat kesihatan mulut untuk golongan dewasa dan kanak-kanak.

Untuk memberikan lebih ganjaran kepada pelanggan, untuk tempoh terhad sempena pelancaran stor utama baharu ini, 

Jom datanglah beramai-ramai ke stor utama Guardian di Mid Valley dan alami pengalaman membeli-belah serba baharu di Guardian.


Facebook: @Guardianmy
Instagram: @Guardianmy



Tentang Guardian Malaysia


Guardian Malaysia bermula sebagai sebuah kedai runcit farmaseutikal berkeluasan 200 kaki persegi, yang menyajikan perkhidmatan kepada komuniti ekspatriat 56 tahun lalu. Hari ini, ia merupakan peneraju rangkaian kesihatan, kecantikan dan farmasi runcit di negara ini, dengan lebih 600 buah stor di seluruh negara, menyediakan pelbagai produk kesihatan, kecantikan dan farmaseutikal yang tiada tandingannya. Setiap tahun, stor-stor kami menyediakan perkhidmatan kepada lebih 30 juta pelanggan di seluruh negara.

GUARDIAN UMUM PEMENANG PERADUAN GUARDIAN THE FACE OF HEALTHY BEAUTY 2023

Pertandingan Akhir Peraduan Guardian Face of Healthy Beauty, yang dianjurkan oleh Guardian Malaysia telah berlangsung Sunway Pyramid Petaling Jaya baru-baru ini. 

GUARDIAN UMUM PEMENANG PERADUAN GUARDIAN THE FACE OF HEALTHY BEAUTY 2023

GUARDIAN UMUM PEMENANG PERADUAN GUARDIAN THE FACE OF HEALTHY BEAUTY 2023


Pertandingan Akhir Peraduan Guardian Face of Healthy Beauty


Pertandingan Akhir Peraduan Guardian Face of Healthy Beauty menyaksikan 20 finalis daripada seluruh negara, termasuk dua peserta lelaki, bersaing untuk menjadi salah seorang daripada empat pemenang akhir.

Kami sekeluarga turut hadir untuk menyokong semua finalis Pertandingan Akhir Peraduan Guardian Face of Healthy Beauty termasuklah sahabat kami, Faiz - content creator.

GUARDIAN UMUM PEMENANG PERADUAN GUARDIAN THE FACE OF HEALTHY BEAUTY 2023


GUARDIAN UMUM EMPAT PEMENANG PERADUAN GUARDIAN ‘THE FACE OF HEALTHY BEAUTY 2023’!


Usaha pencarian seluruh negara Guardian untuk individu yang melambangkan esensi Kecantikan Sihat.  EMPAT pemenang telah muncul sebagai Face of Healthy Beauty Guardian untuk 2023 selepas berakhirnya pertandingan selama empat bulan di seluruh negara.

Pertandingan Akhir Peraduan Face of Healthy Beauty, yang telah berlangsung hari ini di Kuala Lumpur, menyaksikan 20 finalis daripada seluruh negara, termasuk dua peserta lelaki, bersaing untuk menjadi salah seorang daripada empat pemenang akhir.


Empat pemenang tersebut ialah:

1. Aqila Bt Afindi
2. Kay Yap Yen Yin
3. Nur Izzatul Aqma Bt Ludin
4. Candace Cheah Sook Peng


Aqila Afindi, 22, yang berasal dari Putrajaya dan merupakan seorang penuntut Universiti Teknologi MARA berkongsi perasaan gembira dan rasa syukur atas kemenangannya.

“Saya sangat kagum melihat kehebatan peserta lain dan saya berasa sangat gembira kerana dipilih sebagai salah seorang daripada empat pemenang. Kemenangan ini bukan sahaja untuk diri saya tetapi untuk seluruh keluarga dan rakan-rakan yang telah banyak mendoakan saya,” katanya.

Sementara itu, pereka fesyen Nur Izzatul Aqma, 21, yang telah menghasilkan busananya sendiri untuk Pertandingan Akhir itu berkata bahawa kemenangannya ditujukan kepada ibu bapa, keluarga serta sahabat handai yang menyokongnya dalam semua pertandingan yang disertainya.

“Saya juga berusaha memberikan yang terbaik untuk menang dan syukur, usaha saya berhasil dengan kemenangan ini. Ia amat bermakna buat saya,” kata Nur Izzatul yang berasal dari Petaling Jaya.

Kay Yap, 31, dari Kuala Lumpur tetap berusaha untuk memberi yang terbaik.

“Persaingan sangat sengit, memandangkan semua peserta begitu bersemangat dan berbakat. Tahniah kepada Guardian kerana telah menjadi perintis trend dengan memilih duta jenama yang benar-benar meraikan kecantikan dalaman,” kata Kay.

Kay, yang turut memenangi hadiah Kategori untuk peserta ‘Paling Sihat’ merupakan Pereka Multimedia.

Candace Cheah berusia 28 tahun dan merupakan pelajar tahun akhir jurusan Sains Veterinar.

Anna Hull, Pengarah Komersial, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd berkata:

“Kami sangat berbesar hati untuk akhirnya mengumumkan pemenang Face of Healthy Beauty 2023. Pertandingan tahun ni telah mendapat sambutan yang menakjubkan dan persaingan pula begitu sengit. Kami juga gembira apabila mendapati bahawa peserta yang mengambil bahagian datang dari seluruh Malaysia dan kami juga berbangga kerana untuk pertama kalinya, kami mempunyai dua peserta lelaki dalam 20 finalis pertandingan akhir.

“Seperti yang kita sedia maklum, Face of Healthy Beauty BUKAN peraduan kecantikan. Ia adalah pencarian individu istimewa yang memiliki kualiti unik yang Guardian percaya, melambangkan maksud sebenar konsep Healthy Beauty.

“Konsep Healthy Beauty adalah TERAS falsafah jenama Guardan dan ia adalah cetusan daripada wawasan pengguna bahawa kesihatan yang baik adalah asas kepada kecantikan sebenar. Oleh yang demikian, pemenang kami akan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menjalani kehidupan yang sihat dan indah, dengan melakukan aktiviti yang menggembirakan dan memuaskan hati mereka,” tambah Anna.

Disebut-sebut sebagai yang pertama seumpamanya di Malaysia, pencarian The Face of Healthy Beauty adalah usaha untuk mencari EMPAT individu di seluruh negara yang paling sesuai dinobatkan sebagai ‘The Face of Healthy Beauty’, untuk menjadi duta kecantikan sihat Guardian.


GUARDIAN UMUM PEMENANG PERADUAN GUARDIAN THE FACE OF HEALTHY BEAUTY 2023


Hadiah pemenang Guardian THE FACE OF HEALTHY BEAUTY 2023


Empat (4) pemenang Peringkat Akhir masing-masing akan menerima:
• Kontrak satu (1) tahun dengan Guardian
• Penampilan dalam Iklan, bahan Promosi dan bahan promosi jualan didalam stor Guardian
• Wang tunai RM10,000 dan baucar bernilai RM10,000
• Produk daripada penganjur yang mengambil bahagian
• Produk Penjagaan Mandian Guardian bernilai RM5,000 untuk disumbangkan kepada badan kebajikan pilihan pemenang.

Peraduan yang bermula pada 26 Jun 2023 ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.

Untuk maklumat lanjut tentang pencarian, serta terma dan syarat penuh penyertaan boleh didapati di https://theface.guardian.com.my.

SUNPLAY WE CARE FOR THE OCEAN 2023

Kempen Sunplay, untuk usaha ke arah lautan lebih bersih serta menggalakkan tanggungjawab alam sekitar . Oleh itu, Sunplay, jenama utama perlindungan matahari dengan bangganya mengumumkan pelancaran kempen CSR tahunan ‘We Care for the Ocean 2023’ ke-3. 



Kempen Sunplay ‘We Care for the Ocean 2023’


Kempen Sunplay ‘We Care for the Ocean 2023’ bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang pencemaran laut. Sunplay juga menggalakkan sukarelawan untuk menyertai usaha membersihkan pantai untuk kempen ini.  Kempen ‘We Care for the Ocean 2023’ Sunplay memberi usaha yang lebih untuk pantai di Negeri Sembilan iaitu Pantai Blue Lagoon





Sunplay, Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dan Watsons


Peningkatan komitmen ini membuktikan kesanggupan Sunplay untuk meluaskan impak dan menangani isu alam sekitar di kawasan-kawasan lain di Malaysia. Secara keseluruhannya, syarikat akan membersihkan sebanyak tujuh buah pantai di seluruh negara. 

Sempena dengan kempen ini, Sunplay menjalinkan kerjasama dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dan Watsons. Sumbangan sebanyak RM 1 akan disalurkan ke dana kempen daripada setiap produk penlindung matahari luar Sunplay yang dijual di Watsons sepanjang bulan November. Inisiatif ini menggalakkan pengguna untuk menyumbang kepada usaha alam sekitar sambil memastikan kulit mereka kekal terlindung di bawah sinaran matahari.


SUNPLAY WE CARE FOR THE OCEAN 2023



SUNPLAY WE CARE FOR THE OCEAN 2023


Sunplay akan bekerjasama dengan seorang pendukung tindakan iklim dan kelestarian tempatan yang terkenal, Melissa Tan yang akan memberikan perspektif yang baharu untuk kempen ini. Kepakaran dan semangat beliau dalam melindungi alam sekitar akan membantu meningkatkan kesedaran orang ramai tentang bahaya pencemaran lautan dan menggalakkan lebih ramai individu untuk bertindak. 

Pada tahun lepas, kempen ini telah berjaya mengumpulkan sebanyak 1,348 kg sampah. Bagi tahun ini, Sunplay bermisi untuk mengutip jumlah yang lebih besar untuk membawa impak yang ketara terhadap kebersihan pantai dan pemuliharaan ekosistem marin

SUNPLAY WE CARE FOR THE OCEAN 2023

..



Sunplay Sport UVA/UVB 120 Body Mist



Selain daripada pemeliharaan hidupan marin, Sunplay mempunyai dalam rangkaian produknya, Sport 120 Body Mist yang mesra laut. Ia direka khas untuk peminat sukan, peminat kecergasan luar dan pencari pengembaraan. 

Sunplay Sport 120 Body Mist menawarkan perlindungan stabil foto dan UV spektrum luas untuk melindungi daripada pancaran UVA/UVB. Semburan yang disertakan dengan asid hyaluronik memberikan kelembapan yang tinggi walaupun dalam keadaan yang mencabar. 

Formula semburan termasuk RonaCare Ectoin dan Ekstrak Golden Seaweed untuk melawan penuaan pramatang, melindungi kulit daripada bintik matahari, garisan halus dan kulit kasar. 

Ciri terbaik Sunplay Sport 120 Body Mist ialah teknologi kulit basahnya yang inovatif bagi membolehkan penggunaan pada kulit basah disebabkan peluh atau air. Satu lapisan perlindungan segera terbentuk dengan rumusan berair mudah menyerap bagi memastikan keselesaan sepanjang hari tanpa rasa berminyak. 

Dengan daya kalis air dan peluh sehingga 4 jam, ia terbukti sesuai untuk aktiviti bertenaga tinggi dalam cuaca yang mencabar, memberikan sensasi penyejukan segera dan sedikit bau pudina untuk keselesaan tambahan. 

Yang penting, Sport 120 Body Mist adalah mesra laut dan tidak mengandungi oksibenzon, oktinoksat, 4MBC dan butylparaben. 

SUNPLAY WE CARE FOR THE OCEAN 2023


Dengan memilih perlindungan daripada matahari yang mampan ini, kita dapat menyumbang kepada usaha memulihara lautan dan ekosistem marin kita yang berharga sambil melindungi diri kita sendiri. 

SUNPLAY WE CARE FOR THE OCEAN 2023


Harga Sunplay Sport UVA/UVB 120 Body Mist


Harga Sport 120 Body Mist (165ml) dijual di farmasi terkemuka dan kedai dalam talian melalui Lazada dan Shopee, pada harga RM69.90. 



Mengenai The Mentholatum Company 


The Mentholatum Company, Inc., yang diasaskan pada tahun 1889, merupakan pengilang dan pemasar ubat bukan preskripsi dan produk penjagaan kesihatan. Ibu pejabat syarikat terletak di Orchard Park, New York, Amerika Syarikat dengan operasi di Australia, Afrika Selatan, Kanada, Scotland, Taiwan, Thailand, Malaysia, Hong Kong, Mexico, Korea Selatan, P.R China, India dan Jepun. Pembuatan dijalankan di 26 buah lokasi di seluruh dunia dan pemasaran / pengedaran pula merangkumi lebih 150 buah negara. Syarikat yang dimiliki secara persendirian selama 99 tahun, telah diperoleh oleh Rohto Pharmaceutical Company Ltd. dari Osaka, Jepun pada tahun 1988. Rohto merupakan pemain utama dalam pasaran farmaseutikal Jepun dengan produk terlaris dalam kategori penjagaan mata, topikal dan melegakan perut. 

Sejak tahun 1889, The Mentholatum Company telah berkembang dan maju dengan bermula sebagai pembekal kecil sabun dan peralatan mandian menjadi sebuah syarikat antarabangsa, memasarkan ubat proprietari berkualiti di seluruh dunia. Di Amerika Syarikat, dan di kebanyakan negara di seluruh dunia, keluarga produk Mentholatum telah mendapat kepercayaan bagi kualiti dan nilai. Setiap jenama Mentholatum dijual dengan jaminan kepuasan tanpa syarat. Jenama-jenama Mentholatum termasuk: Hada Labo, Sunplay, Rohto Eye, Mentholatum Lipcare, OXY, Acnes, Selsun Blue, Deep Heat, 50 Megumi, Melano CC, Dermistry+.

Untuk maklumat panjut, boleh layari ke :-


HADA LABO MICELLAR CLEANSING WATER

Serlahkan kecantikan sebenar anda dengan mudah menggunakan Hada Labo Micellar Water. Untuk mencapai kulit wajah yang sempurna dan berseri, ia bermula dengan menanggalkan solekan dengan cara yang betul. Hada Labo, jenama penjagaan kulit Jepun yang terkenal dengan keunggulan dan popularitinya, mempunyai perawatan istimewa untuk peminat penjagaan kulit di Malaysia.


HADA LABO MICELLAR CLEANSING WATER

Hada Labo Micellar Cleansing Water



Dengan ini, Hada Labo telah memperkenalkan Micellar Cleansing Water yang terbaru. Siri unik ini menggabungkan formula pembersihan yang lembut namun sangat berkesan, bukan sahaja menanggalkan semua solekan dari muka secara menyeluruh tetapi juga membersihkan pori-pori dan sebum berlebihan secara mendalam. Ia sekali gus menjadikan kulit lebih segar, bersih dan bersinar. 


HADA LABO MICELLAR CLEANSING WATER

Bahan dan Formulasi Hada Labo Micellar Cleansing Water


Bahan aktif yang ada dalam Hada Labo Micellar Cleansing Water ialah hyaluronic acid berganda (hyaluronic acid + hydrolyzed hyaluronic acid), ia memberikan kelembapan dan kilauan tambahan, memastikan kulit anda kelihatan dan terasa terbaik.

Formulasi bebas daripada pewarna, pewangi dan alkohol, menjadikannya sesuai untuk jenis kulit yang paling sensitif sekalipun.

Micellar Cleansing Water yang serba baharu dengan mudah menanggalkan solekan dengan hanya satu sapuan, menghalus dan membersihkan pori-pori anda secara halus, memberikan keseimbangan sempurna antara kecekapan, kemudahan dan penjagaan. Tiada kesan kering atau rasa pedih, hanya kulit yang bersih dan cerah.

Dua Varian Hada Labo Micellar Cleansing Water


Dua varian baharu Hada Labo Micellar Cleansing Water ialah:

HADA LABO MICELLAR CLEANSING WATER


1. Pore Refining Micellar Cleansing Water (300ML), RM49.90

Bosan dengan rasa berminyak dan menangani pori tersumbat daripada penanggal mekap tradisional? Tidak perlu mencari lagi selain "Hada Labo Pore Refining Micellar Cleansing Water." Formula pembersihan dua lapisan revolusioner ini dengan mudah melarutkan semua kesan solek, termasuk maskara kalis air, warna bibir kusam, dan kekotoran pori yang degil, menjadikan kulit anda licin dan bersih tanpa tekstur kasar. Diperkaya dengan enzim berganda, ia juga membantu mengelupaskan sel kulit mati dan menghilangkan bintik hitam, membolehkan pori-pori anda bernafas dan mencapai sentuhan yang bersih dan telus. Selain itu, dengan kebaikan hyaluronic acid berganda, kulit anda kekal lembap dan berseri walaupun selepas dibersihkan.



HADA LABO MICELLAR CLEANSING WATER


2. Skin Purifying Micellar Cleansing Water (300ML), RM49.90

Bagi mereka yang mempunyai kulit rawan berminyak, "Hada Labo Skin Purifying Micellar Cleansing Water" adalah penyelesaian terbaik. Dikuasakan oleh teknologi penulenan Micellar yang unik, ia dengan pantas menarik dan melarutkan solekan dan kekotoran apabila bersentuhan, memberikan sensasi lembut dan tidak melekit sambil mengelap semua kesan solekan. Diresapi dengan Lumpur Glasier Alaska, ia berkesan menyerap sebum berlebihan, memastikan pengalaman selepas pembersihan yang setara dan selesa untuk kulit. Dirumus dengan hyaluronic acid berganda, ia mengekalkan kulit anda lembap dan segar sepanjang hari. Percayailah bulu mata anda dan nikmati pengalaman menanggalkan solekan tanpa kebimbangan.

Kedua-dua varian tersedia untuk pembelian di farmasi utama, pasar raya dan laman e-dagang popular seperti Shopee dan Lazada.



HADA LABO MICELLAR CLEANSING WATER


Serlahkan kecantikan sebenar anda dengan mudah dengan Hada Labo Micellar Water dan rasai perbezaannya dalam rutin penjagaan kulit harian anda.


Falsafah penjagaan kulit Hada Labo: “SEMPURNA X SEDERHANA”


Hada Labo menggunakan bahan terbaik, paling suci dan sangat berkesan untuk memberikan anda hasil kemuncak kulit yang cantik. Diilhamkan oleh kebijaksanaan kecantikan Jepun, Hada Labo mengadaptasi falsafah “tidak lebih tidak kurang” dalam rumusan produknya untuk nisbah ramuan “sempurna” bagi memberikan hasil optimum. Bahan membebankan kulit seperti bahan tambahan, pewarna, wangian dan minyak mineral dihapuskan. Hanya ramuan pati yang bermanfaat untuk kulit dikekalkan bagi memastikan keberkesanan maksimum – Hanya yang terbaik untuk kulit anda dan tiada yang lain…


Mengenai Syarikat Mentholatum


The Mentholatum Company Inc. ditubuhkan pada tahun 1889 adalah pengeluar dan pemasar ubat-ubatan dan produk kesihatan tanpa preskripsi. Ibu pejabatnya di Orchard Park, New York, Amerika Syarikat yang beroperasi di Australia, Afrika Selatan, Kanada, Scotland, Taiwan, Thailand, Malaysia, Hong Kong, Mexico, Korea Selatan, Republik Rakyat China dan Jepun. Pengeluaran dibuat di 26 lokasi di seluruh dunia dan pemasaran / pengedaran di lebih dari 150 negara. Syarikat itu yang dimiliki secara swasta selama 99 tahun, diambil alih oleh Rohto Pharmaceutical Company Ltd. dari Osaka, Jepun pada tahun 1988. Rohto adalah pemain utama dalam pasaran farmaseutikal Jepun, produk terlaris dalam kategori penjagaan mata, topikal dan kelegaan perut. Sejak 1889, The Mentholatum Company berkembang dan daripada pembekal kecil sabun dan peralatan mandian menjadi syarikat antarabangsa yang makmur, memasarkan formula ubat-ubatan sendiri yang berkualiti di seluruh dunia. Di Amerika Syarikat dan banyak negara di seluruh dunia, produk keluarga Mentholatum memperoleh reputasi kerana kualiti dan nilainya. Setiap jenama Mentholatum dijual dengan jaminan kepuasan tanpa syarat.

Jenama di bawah Mentholatum: Lipice, Oxy, Hada Labo, Selsun, Sunplay, Rohto Eye Drops, Botanics, Deep Heating Rub, Melano CC dan Dermistry.