CARA KELUARKAN DUIT KWSP RM500 I-LESTARI SECARA ONLINE

CARA KELUARKAN DUIT KWSP RM500  I-LESTARI SECARA ONLINEBagi yang sudah ada i-akaun KWSP, korang boleh terus ikuti langkah yang mummy akan share kan di bawah. Manakala, yang belum ada i-akaun KWSP, korang kena buat dulu. Boleh refer ke : CARA DAFTAR I-AKAUN EPF ONLINE   untuk cara mohon i-akaun username / id dan password secara online. Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini, telah membenarkan pencarum EPF mengeluarkan maksimum RM500 dari akaun 2 EPF memasing. 

So, di sini, mummy sharekan macam mana nak buat pengeluaran i-akaun KWSP secara online tanpa ke pejabat KWSP 


CARA KELUARKAN DUIT KWSP RM500  I-LESTARI SECARA ONLINE

CARA KELUARKAN DUIT KWSP RM500  I-LESTARI SECARA ONLINE sangatlah mudah hanya 14 langkah je !

Langkah 1 :


1. Layari laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my



Langkah 2


2. Pilih i-Akaun Ahli dan masukkan ID dan Password anda.

Sekiranya terlupa kata laluan, anda boleh klik “Forgot User ID / Password” untuk mendapatkan kata laluan baru.


Langkah 3

3. Kemudian pilih “Withdrawal” pada bahagian atas sebelah kanan.


Langkah 4


4. Tekan “New Application” untuk membuat pengeluaran.




Langkah 5

5. Pilih “Withdrawal Type”.




Langkah 6


6. Pilih i-Lestari untuk pengeluaran RM500 sebulan.

Selain i-Lestari, anda juga boleh memohon pelbagai jenis pengeluaran bergantung kepada syarat kelayakan.




Langkah 7 & 8

7. Akaun keluar satu popup notis. Sila klik pangkah atau “X”

8. Kemudian klik “Next”.



Langkah 9 & 10


9. Kemudian masukkan amaun pengeluaran yang anda inginkan. Minima RM50 manakala maksima RM500 sebulan.

10. Pilih jenis bank dan masukkan nombor akaun anda.

Pastikan akaun anda aktif. KWSP akan terus masukkan duit mengikut butiran maklumat yang anda isi.



Langkah 11


11. Jika perlu, sila kemaskini maklumat terkini anda.



Langkah 12 & 13


12. Kemudian klik  pada ruang checkbok.

13. Klik “Request TAC”


Langkah 14


14. Masukkan nombor TAC pada ruangan disediakan dan klik “Submit”




15. Siap!

Jimat cermatlah duit yang ada ye, sebab kita tak tahu effect ekonomi wabak Covid-19 sehingga bila. Pakai untuk keperluan paling penting. Jangan ikut kehendak, malah fikirkan keperluan !



Kredit tutorial ini kepada saudara Luqman Hariz 
3 comments on "CARA KELUARKAN DUIT KWSP RM500 I-LESTARI SECARA ONLINE"
  1. Alhamdulillah hari ni settle apply...sekurang- kurangnya dapat membantu kan...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. Informasi yang sangat berguna..

    ReplyDelete
  3. Suami saya kena isi borang dulu nampak gayanya. Tapi sampai sekarnag tak isi lagi.

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com