Projek Dekorasi Bilik Tidur Dzal dan Daim Nippon Paint Turqoise Warna Cat Untuk Bilik Anak Lelaki Kami !

Part 5 : Projek Dekorasi Bilik Tidur Dzal dan Daim Nippon Paint Turqoise Warna Cat Untuk Bilik Anak Lelaki Kami ! ! Pergh dari bulan 7, 8, 9 dan sampai ke bulan 10 pun masih tak habis lagi make over rumah hahaha. Gitulah , nampaknya macam sampai hujung tahun je la deko dan renovation ni ye ! Settled bab dapur, kitchen (yard) dan tingkap bilik. Kali ini, masanya untuk deko / ubah suai / make over bilik tidur anak lelaki kami. Anak lelaki kami ada 2 orang. Makanya, kena guna bilik nombor 2 untuk doranglah ! Tapi, kalau ada guest datang boleh juga tumpang bilik depa. Hehehe. So, konsep bilik tidur anak lelaki kami ni lebih kepada clean and tidy. Kiranya kemas dan minimalist . Minimalist of course la kan sebab bilik kami rumah apartment ni besar mana aje ! Nak pakai katil double decker pun boleh kalau nak nampak ruang besar. Tapi, entahlah, biarlah katil queen aje. Tetamu datang pun boleh tidur dengan selesa nanti. 

Projek Dekorasi Bilik Tidur Dzal dan Daim Nippon Paint Turqoise Warna Cat Untuk Bilik Anak Lelaki Kami !


Perkara pertama sebelum deko / ubah suai / make over bilik tidur anak lelaki kami. Semestinya... kena cat terlebih dahulu ! Nak pilih warna cat ni, daddy memilih warna hijau turqoise . Mummy ikut je pilihan daddy, sebab mummy ni buta warna ! Hahaha. Entahlah malas nak buat pening kepala pikirkan warna. Bab mengemas, nak buang benda-benda dalam bilik tidur anak-anak pun dah boleh pusingkan kepala mummy hahaha.

Yes, banyak barang kami dah buang sebelum proses cat bilik tidur anak ini. Semua perabot lama, kami jual / bagi pada orang. mana jual pun, kami jual murah-murah je ! Dalam 10,20,50 ringgit je. Upah angkat kemas je tu ! 

Baca juga :

Part 1 :

Part 2 :

Part 3 : 

Part 4 :

Kami memilih cat dari Nippon Paint kod AEGEAN SEA BGG 1597 D



Warna cat bilik tidur Dzal dan Daim dah di pilih, seperti yang telah di rancangkan. Hijau turqoise ini ada banyak jenis. Kami memilih cat dari Nippon Paint kod AEGEAN SEA BGG 1597 D tambah dengan washable satin glo. Nak bagi efek berkilat dan mudah di cuci.



Proses bancuhan cat Nippon Paint seperti kod yang di pinta. Harga untuk 5 liter dalam seratus lebih ke RM125 macam tu lah (tak ingat sangat amount yang tepat sebab suami yang bayar.

Tapi, husband kata kedai cat Nippon di Subang Perdana ni murah berbanding kedai cat Nippon di Prima Saujana Kajang dia selalu beli tu. Sana mahal sedikit. 

Tak tahulah mahal sebab jenis kod ke macam mana. Biasalah kod warna ni mainkan peranan yang besar dalam harga cat ni.


Bilik anak-anak mesti wajib amek yang washable. Dan efek satin glo. Supaya mummy daddy mudah cuci kalau terkena contengan. Harga untuk Satin Glo hanya tambah beberapa ringgit berbanding harga cat Nippon Paint yang biasa. Tapi Harga seratus lebih tadi tu dah di kira sekali gus dah hehe.


Daddy grab terus drill, senang sket kerja menukang nanti. Banyak lagi part yang nak kena di tukangkan hehehe


Macam biasalah, beberapa bulan ini, sepanjang proses renovation, dekorasi rumah dan ubah suai ini. Kami memang kerap berdating merangkap meeting. Boleh di katakan setiap petang balik dari kerja. Kami cuba free kan untuk masa bersama. Untuk berbincang dan sesi meluah perasaan. 

Almaklumlah, bila kita balik ke rumah, memasing banyak benda yang nak di buatnya, kemas itu ini, layan kids, tengok kerja sekolah kids, dan nak borak one to one dengan husband pun tak sompat haha.


Proses mengecat dan dekorasi by r husband hanyalah di buat pada weekend yang free (bukan setiap weekend kami free tau) hahaha.

Selesai part emngecat bilik tidur anak lelaki kami. Acaner...sweeet kan caolor Nippon Paint Satin Glo ni !


3 comments on "Projek Dekorasi Bilik Tidur Dzal dan Daim Nippon Paint Turqoise Warna Cat Untuk Bilik Anak Lelaki Kami !"
  1. wah. berkilau!
    bilik anak-anak, now aida tempek wallpaper aje Alin.
    later, akan dtg, mungkin akan cat plak.

    ReplyDelete
  2. comelnya warna...nak tengok entry-entry lain la.mana tau boleh jadikan idea nak deko bilik anak jugak

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com