FATHER'S DAY 2020

Happy father's day 2020 semua. Hahaha again, lambat wish kat blog. Kekdahnya busy la sangat mummy ni ha, kan ! Okaylah, kita santai-santai ajelah sambut father's day. Yang sebenarnya, tak fikir pun untuk sambut Father's day ni ha. Kebetulan, lama tak bawa kids jenjalan luar. Ye la kan, kita belum bebas 100% dari covid-19. Untuk shopping mall... memang kami avoid untuk pergi bawa kids. Mummy pun, tak merayau sangat ke shopping mall pun. Singgah bila perlu sahaja. Lagi pun, ada masa rasa risau gak pi mall. Tempat tak crowded, dan memasing tak akan dekat dengan kita. So, ada masa dok terfikir ..kalau kene rompak ni. Ada ke orang nak tolong? Hahaha. Teringat masa accident kat kawasan rumah (belum cerita kat blog..masa ni memang mood malas update blog menjelma haha). Orang sekeliling tak ada yang nak bantu pun, padahal ramai je saksikannya. Siap ada sorang perempuan ni, tanya boy friend dia. "kenapa tu? apa kes?", boyfriend dia jawab,"biasalah, kes accident'. Dan, mereka berlalu pergi. Ini kes sebelum covid-19 ye. Kalau masa covid-19 ini, tak tahulah macam mana. Memasing jaga jarak, dan memasing akan bersendirian. Maka, korang hati-hati juga tau !

Mummy memang suka fikiran ke depan gini. Entahlah, faktor suka tengok movie ke macam mana ntah. Covid-19 ini pun, mummy pernah terbayang juga sebelum ini. Macam mana satu hari nanti, kalau semua tak boleh keluar, semua orang tak boleh cari makanan untuk makan. Tup..tup PKP menjelma hahaha.


HAPPY FATHER'S DAY 2020



Actually mummy ada appointment pagi Father's day. Biasalah kerja macam mummy ni,kan ! Kerja ikut time client lah ! Client free malam, makan malam lah kena jumpa. But, jarang-jaranglah keluar malam. Weekend tu selalu lah juga.

Kalau kerja on weekend, biasanya akan bawa semua sekali. Sebab lepas mummy settle appointment. Boleh bawa kids jalan-jalan. TApi, appoitment tu, mummy pergi jumpa sorang-sorang aje. The rest tunggu dalam kereta je.



Father's day 2020, lepas mummy settle appointment. Daddy drive thru McD kat Denai Alam, tehn daddy ajak picnic kat Elmina. Budak-budak memang sukalah dapat pi taman. Mummy pun suka jugak, sebab kalau pi taman Elmina ni, mesti akan terserempak dengan kawan-kawan mummy satu sekolah. Syoklah, dapat borak,kan !

Daddy paling menyampah lah, kalau mummy tetiba ada jumpa kawan time gini..hehe. Dia pulak kena tengok anak-anak kat taman. Sorry lah ye !


Keesokan harinya, kami sambut birthday Daim cum Father's day 2020  ! Potong kek je, daddy kerja pada hari father's day yang sebenar tu. Semalamnya , kami buat picnic tu adalah sehari sebelum father's day.

Daddy minggu ni lah, last rotation kerja sehari kerja, sehari off. Next week...daddy dah kerja macam biasa huhu. Tak dapatlah kami laki bini ngedate waktu hari kerja lagi sobbbb ! Memang seronok masa daddy dapat jadual kerja rotation, selang sehari je kami date.

Tapi, tak ada lah nak post kat sosial media pi sana sini dengan husband hari kerja. Bukan apa...anak kami semua dah pandai baca. Memasing ada media sosial sendiri, no wasap semua ada. So, tak nak bagi kids sedih tak bawa dorang keluar ke sana sini.

Lagi pun, mummy daddy ada sedikit projek yang sedang di laksanakan. Ada banyak urusan sedang di buat sepanjang bulan Jun 2020 ini.



Kebetulan adik datang rumah mak sekali. Sebab nak amek satay yang di order di sekitar rumah mak.


Happy father's day atok ! Atok dah tak duduk rumah kami lagi. Sedih pulak rasanya


Happy father's day atok (sebelah mummy) . alhamdulillah. Dedua atok bebudak ini ada..syukur..


Tak lupa juga, HAPPY FATHER'S DAY buat semua bapa-bapa di luar sana. You are our HERO !

HAPPY 3RD BIRTHDAY DAIM NAUFAL

3rd Birthday Daim Naufal ! 21 JUN baru ni, genaplah 3 tahun umur Daim Naufal. Anak bongsu mummy. Jun merupakan bulan paling busy buat kami sekeluarga. Ucapan di bulan Jun sungguh lah banyak. Bertabahlah korang MEMBACA ucapan je entri blog mummy bulan ni ye hehehe.

HAPPY 3RD BIRTHDAY DAIM NAUFAL



Daim Naufal 3rd birthday

Sebelum mummy menulis ucapan birthday buat Daim yang ke 3 tahun. Mummy recap sekejap tarikh penting kami pada Jun 2020. Walau banyak nak di ceritakan tentang bulan Jun ni, tapi semuanya belum di jadikan entri lagi huhu. 

Bermula dari 2 Jun, anniversary kami suami isteri. Dan 2 Jun juga, birthday anak buah kami. 

6 Jun pula birthday anak buah mummy. Si Bella tu ha

Kemudian ya, kembali pada keluarga kami 21 JUN birthday Daim dan 25 JUN pula birthday abang ya Dzal.  

Daim Naufal 3rd birthday
June's babies 

Adik dan abang.. Picnic kat tasik. Lama bebudak ni tak keluar 

Daim nak conquer 

Kek sebuku, banyak yang SOLD OUT

Sudahnya, beli slices je 


Absolute Durian, bubuh dedua nama sekali harung.. 

Daim's birthday 

Daim di lahir kan secara pembedahan pada 21 Jun 2017. Nak ikutkan, mummy nak pilih tarikh pembedahan pada 25 Jun juga. Nak sama birthday dengan abangnya.

Malang sekali, doktor menolak mentah-mentah cadangan mummy. Pertama, 25 JUN jatuh pada bukan Syawal. Kebanyakan doktor pakar bercuti. Dan 25 Jun juga perut semakin membesar, doktor risau mummy akan dapat contraction. 

Agak bahaya bila ada contraction, mummy perlu be dah sebelum ada apa-apa contraction. 

Akhirnya, mummy akur dengan tarikh yang di cadangkan oleh doktor pakar.

Daim di lahir kan beberapa hari nak raya. Daddy tengah sibuk uruskan mummy, uruskan anak-anak lain di rumah, alhamdulillah daddy sempat bayar zakat fitrah untuk Daim. Syukur.

Diam tak diam, dah 3 tahun anak bongsu mummy. Seorang yang manja tapi garang. 

Moga Daim Naufal di panjang kan umur, di limpahkan rezeki yang berkat dan di permudahkan urusan dunia dan akhirat. Aminnn

Tahun lepas, dapat sambut birthday Daim dan abang ya bersama keluarga kami, adik beradik sebelah suami dan adik beradik sebelah mummy. Birthday celebration cum open house raya hahaha.

Tahun ni, virus Covid-19 satu dunia. Maka, tiada sambutan. Hanya potong kek di rumah je. 

Apa pun, bersyukur Malaysia semakin pulih dari virus covid-19 

Dating Di Genting Premium Outlet

Dating Di Genting Premium Outlet ni merupakan Father's day part 1 kami. Jarang-jaranglah dapat keluar berdua dengan husband time hari kerja ni. Kebetulan beberapa bulan ni, daddy dapat jadual kerja yang flexible. So, inilah masanya nak dating berdua,kan ! Bila lagi ! 

Mummy macam biasalah, saja dok gurau dengan daddy. Bagitahu Coach GPO ada sales. Tak sangka esoknya, terus daddy cakap "jom Genting" ! Phewwww, seronoknya ! Padahal mummy bukan nak cari apa pun kat GPO. Saje je lah jalan berdua, dating kat tempat sejuk ni kan. Daddy pun suka jugaklah, hehe bukan selalu boleh dating berdua kan.


Dating Di Genting Premium Outlet




Mummy pun meeting, training semuanya online. So, dalam kereta pun boleh bermeeting. Kerja pun ada yang online, ada juga offline. So, pepandai aturkan jadual !

GPO, Genting Premium Outlet ini, kanak-kanak tidak di benarkan masuk tau.Kesian tengok parents yang dah bawa anak naik ke Genting, Tapi tak boleh masuk ke GPO. Huhuhu ,. Nasib abaiklah kami ini, tak bawa kids. Memang plan nak Dating  berdua Di Genting Premium Outlet.




Hari kerja pun ramai juga naik Genting, sales agaknya. Coach pun beratur alam jugak, dalam 15 minit. 

Daddy dok racun mummy angkat 1 handbag, oh tidaklah ! Nak simpan duit, oiii. Cukup lah dah ada 4 bag Coach kat rumah !

Mummy dok racun daddy beli bag untuk file dan laptop. Sambil dok fikir-fikir tu, rembat jugak lah daddy bag fail dan laptop hahaha.

Daddy bagitau pada mummy , yang tu bukan bag dia sorang, share lah dengan mummy. Yes ! Thank you .....



Bag tu dalam paper bag, malas pulak nak amek gambar hehehe.



Kami makan Chicken Rice shop je. Daddy macam biasa, suka makan nasi ! Kami anaik Genting ni sebelum Father's day lagi. Saje lepak tenangkan fikiran sebelum nak amek mood pulun kerja 100%

Lama tak keluar bekerja, mood nak masuk kerja pun macam lemau je.

Bulan depan , daddy dah tak kerja flexi time dah ! Sob..sob..so, blan ni, mana ada kesempatan tu, pulunlah dating saje ! Dan , kami naik genting pun 2x minggu lepas haha. Semata-mata pi beli bag coach, pi cuci bag coach (lama) dan beli mainana anak. Mainan apa yang best sangat tu? Part ni, nanti mumy story next entry lah ye !


Akhir sekali mummy lanje daddy aiskrim mahal, Godiva.. Sedap ke tak sedap? Tapi habis licin makan sorang tu ha.. Sedap lah kot, kan ! Hehehehe

Inilah cerita PKPP kami...banyak lagi story PKPP ni. Tunggu mood datang lah ye..

Mood menulis pun ntah amna perginya............huhu

PERSIAPAN SEKOLAH NORMA BARU SOP COVID-19

PERSIAPAN SEKOLAH NORMA BARU SOP COVID-19 - Bulan depan 1 Julai, Dzal dah masuk ke sesi persekolahan norma baru mengikut SOP COVID-19. Seram? Risau? Apa perasaan mummy? Mummy okay je, lebih suka lah anak bersekolah. Bab SOP, memang mummy percaya pada kerajaan Malaysia. Negara Malaysia antara negara paling cepat benteras covid-19. Semakin lama, semakin kurang yang positif covid-19 dan juga samakin ke arah zero (0) Kematian di sebabkan covid-19. So, apa yang kerajaan cadangkan mummy setuju sahaja. Ada juga di kalangan kenalan mummy. Tak berani lagi nak hantar anak ke sekolah. Korang macam mana?


PERSIAPAN SEKOLAH NORMA BARU SOP COVID-19




Hand Sanitizer with holder ni memang mummy dah ni lama tahun 2019.kekonon untuk 2020 preparation sekolah anak-anak. 

Masa beli banyak, ada dalam 4 pcs ni. Daddy dok bising gak. Kenapa beli? Buat apa beli? Basuh tangan lagi bagus. Tapi, waktu sekolah bukan boleh sentiasa basuh td angan. Bukan boleh setiap masa keluar kelas. Betul tak? 

Entahlah, mummy ni ada masa, ada 6th sense. Memang tak tahu lah kenapa beli banyak-banyak ntah. 2 untuk Dhia, 2 untuk Dzal hehe. Holder sekali hand sanitizer. 

Ada hikmah rupanya tahun 2020 ni, Covid-19, PKP.. Dan akhirnya, berguna semua ni. Habis? Refill aje dengan hat sanitizer besar tu Haa.. 

Yang botol besar 500ml tu, mummy ada jual juga. Selagi stok masih ada.. RM28. 90 je.. Postage free je hehehe


Mask muka kids pun

Mask muka washable, boleh insert 3 PLY juga. Ni pun dari tahun 2019
















Oleh kerana ramai PM mummy nak holder hand sanitizer cenggini. Mummy open order tak lama lagi. Insyaallah dalam next week 28 Jun 2020 mummy dah ada stock. 

HARGA CARTOON HOLDER HAND SANITIZER 


Harga cartoon holder hand Sanitiser niada 2 harga

1. RM 5 : botol kosong 30ml + holder
2. RM10 : botol dengan hand sanitizer 30ml + holder. 

Hat ni, design limited. Sebab belum open order pun, ada yang dah chop! Hehehe. So, siapa roger dulu. Dia dapat booked dulu lah ye hehehe. 

Nak beli cartoon holder hand sanitizer ni. Boleh wasap https://www.wasap.my/60126460421/holder+sanitizer 

Masihkah Relevan Kad Raya 2020

Kisah kad raya 2020 , masih relevan ke tidak? Entri hampir basi ...saat 24 Syawal baru sempat mummy nak menulis ! Mummy pun sebenarnya, lambat juga tempah kad raya 2020. Hujung puasa, baru teringat..baru nak order. Sudahnya, lambatlah sampai ke rumah dan terima parcel. PKP / MCO kan ! Dan, ramai yang tak tahu mummy ada buat kad raya 2020 pun ! Sepanjang PKP / MCO mummy agak sibuk, norma baru semua online 100 %. Seminggu mummy ada 4 meeting online (AIA), anak-anak pula ada kerja sekolah online setiap hari dan seminggu sekali kelas online taekwondo. Tak campur lagi, nak kena masak, kemas rumah (lagi duduk rumah lama, lagi bersepah). So, blog dan entri untuk socmed semua kelaut. 

Kad raya ni, bagi mummy tak telan dek zaman. Walau semuanya boleh wasap, boleh email. Tapi, mudah untuk di lupakan. Delete sahaja ! Semua kenangan terpadam. Betul tak? EH...Ke ada yang simpan semua ucapan raya via WhatsApp, ni? Kalau ada pun, tak ramai yang simpan, setuju tak? Yang kita simpan selalunya hat gambar kad raya kita je lah ! 

Kenapa mummy masih buat kad raya 2020 ni? Salah satu sebabnya ialah kerjaya mummy sekarang. Jadi, mummy buat jugalah beberapa ratus copies. Mana tak habis tu, boleh carry forward pakai tahun depan hehehe. Client mummy pun tak ramai mana, insyaallah menghampiri 120 clients .


Masihkah Relevan Kad Raya 2020


Masihkah Relevan Kad Raya 2020

Masihkan relevan kad raya 2020? Mummy tak nak cerita panjang bab relevan ke tidak. Korang boleh lihat sendiri dari FB Shida Radzuan ini. Mummy pun, tempah dari beliau kad raya 2020. Sebenarnya, dari tahun 2017 lagi mummy buat kad raya dengan beliau. Zaman 2017 tu, memang ramai blogger buat kad raya, dan buat exchange kad raya.

Tahun 2020, ni mummy ke arah professionalisme pulak, tempah kad raya untuk business. Ada lagi beberapa perancangan ke arah professionalisme ni. One by one kita buat ! Banyak planning yang belum mummy laksanakan. 

Masihkah Relevan Kad Raya 2020

Tadaaaa..ni lah kad raya hasil dari Shida. Mummy suka tempah dengan beliau sebab beliau memahami citarasa mummy. Tak perlu cerita banyak ! Tahu-tahu je siap semua ! Design pun FREE.

Sebelum Shida pos kad ke mummy, mummy meluahkan perasaan pada beliau yang mummy tak sempat ke Pejabat Pos beli Sete masa PKP. Shida dengan lajunya beritahu dia provides service tu juga. Servis beli setem ! Mak aiiii ! Terbaik lah Shida ni.

Syukur sangat-sangat semuanya di permudahkan. 

Mana yang tak dapat kad raya dari mummy, jangan nangis ye ! PM je mummy alamat korang, next year... mummy poskan kad raya untuk korang hehehe

Masihkah Relevan Kad Raya 2020

Antara hasil Shida...tahun 2017 ni banyak juga tempahan yang Shida terima. Tapi, cam biasalah takkan mummy nk tepek semua dalam ni kan hehe.

Korang terjahlah FB Shida

HARGA TEMPAHAN KAD RAYA


Harga kad raya Shida ni macam mana? Harga dia adalah seperti di bawah ni

🎆 PRINTING KADRAYA MURAH 🎆

👉 1 side @ 2 side kad
👉 Style Poskad Saiz A6
👉 Full color artcard
👉 Free Pos (SS +RM10)
👉 Free Sampul 
👉 Free Custom Design
**guna design sendiri pn boleh

PRINTG 1 SIDE & 2 SIDE
20 PCS   RM42      RM55
30 PCS   RM44      RM58
40 PCS   RM47      RM61
50 PCS   RM50      RM64
60 PCS   RM58      RM69
70 PCS   RM60      RM77
80 PCS   RM66      RM80
90 PCS   RM70      RM90
100 PCS  RM85     RM95
130 PCS  RM90     RM104
150 PCS  RM97     RM117
180 PCS  RM112   RM130
200 PCS  RM121   RM142
250 PCS  RM137   RM160
300 PCS  RM160   RM188
350 PCS  RM170   RM201
400 PCS  RM190   RM224
450 PCS  RM205   RM240
500 PCS  RM220   RM257

Tempahan awal adalah digalakkan.
T E R I M A  K A S I H  G A I S ❤

☝Collect Order bermula hari ini sehingga 6 Mei 2020 sahaja (shida buka hanya 1 batch saja)

ayat harga ni, mummy kasi copy je dari ayat Shida. Korang yang minat tu boleh la nanti Whatsapp direct dengan Shida ye ! https://www.wasap.my/https://www.wasap.my/60125364467

CONTOH SURAT PERJANJIAN SEWA RUMAH

Assalamualaikum wbt. Selamat Sejahtera semua ! Beberapa tahun lepas, mummy kerja dalam industri Human Resources ( Pembangunan Sumber Manusia) a.k.a HR. Pengalaman dalam agreement ini punya lah banyak. Tapi bukan mummy 100% buat agreement tau. Ada lawyer di lantik untuk mengemas kini agreement. Cuma mummy akan review jugalah sedikit agreement tu. Cerita pasal agreement, paling banyak adalah tenancy agreement yang mummy handle . Sebab apa? Sebab kami banyak foreign workers. So, banyaklah tenancy agreement rumah sewa dorang tu company kena handle. Nak di jadikan cerita tentang tenancy agreement ni. Memang banyak cara membuat tenancy agreement. Ada yang owner dah siapkan template juga, kalau kita setuju isi sedikit particulars dan sign je.

Sejak dari tu, ada jugaklah kawan-kawan mummy minta mummy buatkan tenancy agreement dan matikan setem. Setem hasil hasil ni wajib ye ! Kalau tak, tak sah agreemnt tu nanti.

Di sini, mummy nak share tentang CNTOH BUAT TENANCY AGREEMENT / PERJANJIAN SEWA RUMAH . Bukan yang mummy buat ye, hat ni hat yag vira dalam facebook. Tenancy agreement ni, paling simple. So, kalau korang nak tambah ke apa. Edit lah ikut kesesuaian.


CONTOH SURAT PERJANJIAN SEWA RUMAH


Haa, bagi anda yang baru sahaja ingin 

mengorak langkah ke pelaburan hartanah, setiap sewaan WAJIB ada surat perjanjian sewa rumah.

“Oh apa gunanya surat perjanjian tu?”

Surat perjanjian sewa rumah adalah digunakan untuk memberi perlindungan kepada tuan rumah seperti anda dan juga penyewa rumah sewa tersebut.

Kandungan surat perjanjian adalah berbeza mengikut rumah sewa tersebut, namun begitu, secara umumnya ianya boleh dikatakan sama dari segi syarat-syarat utama dalam perjanjian sewa rumah itu.

Korang kena tahu:

Sekiranya anda tidak mempunyai surat perjanjian secara bertulis yang dipersetujui oleh penyewa, anda sebagai tuan rumah akan menghadapi risiko yang lebih besar terhadap rumah sewa tersebut.












Antara Kandungan Surat Perjanjian Rumah Sewa


Antara kandungan penting dalam surat perjanjian rumah sewa adalah:


1)Muka Hadapan

2)Maklumat Penyewa

3)Jadual Pembayaran

4)Senarai Inventori

5)Syarat-syarat Perjanjian

6)Tandatangan Persetujuan




Kredit: sewanify.com