RESEPI DONUT GEBU SUKATAN CAWAN 'CONFIRM' JADI !

RESEPI DONUT GEBU SUKATAN CAWAN 'CONFIRM' JADI ! -  Mood raya dah habis, kat rumah ni semua tak minta mummy masak menu raya dah hehe. Oleh kerana PKP / MCO bersambung, anak-anak dah mula belajar secara online PDPR. Anak-anak mummy lebih suka makan makanan yang ringkas dan boleh di makan berulang kali kat rumah. Dan, Daim juga amat sukakan donut. Moh ler kita buat Resepi donut mudah dan gebu

Mummy pun, tak laratlah nak membeli donut setiap hari kan. Donut semakin mahal sekarang, kedai biasa tepi jalan ada yang jual 50sen / pc (PKP tak jual), ada juga di jual pada harga RM1 / pc, belum lagi yang ada brand kan, seketul je dah RM2 lebih kalau yang ada brand macam Donut Starbucks (favorite anak-anak), Dunkin Donuts, Donut Bar etc huhu. Dengan itu, mummy terus cari RESEPI DONUT GEBU SUKATAN CAWAN 'CONFIRM' JADI ! Alhamdulillah jumpa resipi yang bahan ada kat rumah ni, cara buat pun senang

RESEPI DONUT GEBU SUKATAN CAWAN 'CONFIRM' JADI !


RESEPI DONUT GEBU SUKATAN CAWAN 'CONFIRM' JADI !


Kalau korang nak tahu, RESEPI DONUT GEBU SUKATAN CAWAN 'CONFIRM' JADI ni merupakan cubaan pertama mummy dalam buat donut. Huhu tak pernah seumur hidup mummy buat donut. Sebab mummy dan daddy bukan penggemar tegar untuk donut. Bila anak-anak sukakan donut. Maka, gigih tau mummy buat donut.

Apa yang bestnya, RESEPI DONUT GEBU SUKATAN CAWAN 'CONFIRM' menjadi walau cubaan pertama kali. Alhamdulillah, tak adalah membazir bahan kan !


BAHAN-BAHAN RESEPI DONUT GEBU SUKATAN CAWAN 'CONFIRM' JADI !


Antara bahan-bahan RESEPI DONUT GEBU SUKATAN CAWAN 'CONFIRM' JADI yang mummy gunakan adalah seperti berikut :-


Bahan A 
2 paket mauripan / ibu roti
3 Sudu Susu Pekat Manis
3 sudu Gula
1 cawan air suam


Bahan B
5 cawan tepung gandum
3 sudu butter / marjerin
1/2 cawan minyak masak
2 biji telur gred C


Bahan C
Gula Kastor, tapi mummy gunakan gula ising
Resipi ini sebenarnya mummy dapat dari facebook, tak ingat nama facebook apa. Tapi, resipi ini, mummy dah olah sebab masa step 1, doh mummy lembik sangat. Lepas tu, mulalah mummy ubah sampai hasil doh mummy masa uli tu rasa sedap . Sedap tu, bermakna tak melekit, tak melekat, tak terlalu lembik, tak terlalu keras.


CARA BUAT DONUT GEBU SUKATAN CAWAN 'CONFIRM' JADI !

Cara buat Donut senang sahaja, ikut je langkah di bawah ni :-

1. Campurkan kesemua bahan A sehingga sebati dan tunggu sehingga 20 minit sehingga campuran nampak berbuih dan naik sedikit. Bermakna dah cantik dah tu !

2. Langkah kedua, campurkan bahan A dan campuran bahan B, uli sehingga rata.

CARA BUAT DONUT GEBU SUKATAN CAWAN 'CONFIRM' JADI

3. Bila doh dah cantik dan siap di uli. Rehatkan doh dalam 20 minit. Masa ini, mummy ambil inisiatif untuk membasuh perkakas . Tak adalah dapur nampak bersepah kan. 

4. Kemudian, mummy bulatkan doh kecil-kecil, ikut besar mana korang suka. Mummy tak buat besar sangat sebab nak bagi anak-anak makan. Buat comel-comel aje !

CARA BUAT DONUT GEBU SUKATAN CAWAN 'CONFIRM' JADI

5. Untuk tak mahu doh melekat di dulang, letakkan sedikit tepung pada dulang sebelum letakkan doh. 

6. Siap membulatkan doh donut. Sebelum goreng, mummy lubangkan seperti gambar di atas.

CARA BUAT DONUT GEBU SUKATAN CAWAN 'CONFIRM' JADI

7. Goreng pada api sederhana, jangan di terbalikkan selalu. Cukup hanya di terbalikkan 1 kali

CARA BUAT DONUT GEBU SUKATAN CAWAN 'CONFIRM' JADI

8. Siap goreng , tunggu donut sejuk. Barulah di letakkan gula. Gula kastor paling cantik dan elok. Tapi , mummy gunakan gula ising. Sebab ianya melekat padu pada donut hehe dan kurang tumpah bila anak-anak makan.

CARA BUAT DONUT GEBU SUKATAN CAWAN 'CONFIRM' JADI

9. Tada..... siap dah RESEPI DONUT GEBU SUKATAN CAWAN 'CONFIRM' JADI . Selamat mencuba ye !

Boleh juga tonton video RESEPI DONUT GEBU SUKATAN CAWAN 'CONFIRM' JADI di :




Nak resipi lain? Boleh layari ke :





2 comments on "RESEPI DONUT GEBU SUKATAN CAWAN 'CONFIRM' JADI !"
  1. aida lom pernah buat donut.
    tapi biasa meroti. bab donut ni, yg seram tu time goreng.
    kalau tak bebetul, doh tu seram minyak.
    kalu gini, linda da menjadik le tu. boleh ulang buat lagi.
    in shaa Allah dlm 2-3 hari nanti aida nak test buat karipap utk minum petang ha ha ah ha...
    nak uli tepung. khamis nanti baru boleh kot.
    sebab isnin ke rabu ada webinar, meeting dan sebagainya. tak sempat!

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com