VIRAL HELLO KITTY CARRIER DI McDonald’s Malaysia

VIRAL HELLO KITTY CARRIER DI McDonald’s Malaysia - Daddy bebudak ni, kerja hakikinya kalau busy. Betul-betul busy.. Memang busy tahap maksimum. Kalau kerja dah slow down, tak busy... mula lah. Tak keruan pulak hehe. So, bagus juga bila daddy busy dengan kerja. Cumanya tu lah, mummy penat sket lah kalau daddy tak ada rumah. Cerita pasal busy. Pagi tadi daddy balik kerja waktu Subuh. Tak tahu lah bebudak ni semua pun bangun Subuh. Awal pulak bangun time cuti sekolah. Pffffttt.. Kalau hari sekolah, liat nak mateyyy bangun. 

VIRAL HELLO KITTY CARRIER DI McDonald’s Malaysia 



Pagi tu, daddy terus hulurkan sorang satu tempat letak makanan VIRAL HELLO KITTY CARRIER DI McDonald’s Malaysia. Mummy tahu berita Hello Kitty Carrier ni semalam, agak viral story dia.. gila nak mateyyy jugak lah. Ramai beli berkotak-kotak. Semalam, mummy memang tak fokus pun pada benda alah ni 

Mummy sebenarnya, pening barang dalam rumah sangat lah banyak. So, time tuk minimalist sebenarnya hahaha. 

Tup.. Tup.. Pagi ni.. Daddy beli jiwa anak-anak. 

Anak-anak pun blurrrr.. Apa ni, daddy? Hahaha. 


Sebelum mummy, keluar bekerja pagi ni. Mummy layan jiwa anak-anak untuk unboxing. Alhamdulillah memasing happy. 

VIRAL HELLO KITTY CARRIER DI McDonald’s Malaysia ni daddy belikan 2 pcs. Satu untuk Dhia dan satu lagi tu bukan untuk Dzal.

Untuk sepupu Dhia yang perempuan tu. Bella duduk rumah Tok Mak cuti sekolah ni. Dia pun rajin, so daddy belanja satu untuk Bella share dengan Rayyan jugak.

Boleh tahan harga carrier ni. Dalam RM29.90 dan kena beli dengan any Value Meals dari McD.

Tapi, Hello Kitty brand ni pun, sebenarnya memang boleh tahan harga dia. 

Mummy masih ngat sewaktu kami pi ke Johor Bahru. Hello Kitty Town, dalam tu ada jual macam-macam merchandise. Harga memang mahal sangat. 

So, RM29.90 sebenarnya mampu milik bagi peminat Hello Kitty. 

All the best bagi yang nak dapatkannya...... 

Okay bawah ni, video YouTube mummy untuk unboxing carrier Hello Kitty ni. Video ala-ala Live tanpa edit uolss hehe




RM15 VOUCHER PERCUMA GUARDIAN X AIA VITALITY

RM15 VOUCHER PERCUMA GUARDIAN X AIA VITALITY - Yeszaa..half day pagi ni kat AEON Shah Alam. Sakan ronda dalam mall pepagi buta.  Senang dan best kan kerja macam mummy, ni hahaha. Jalan-jalan bukan sekadar jalan-jalan je ke AEON Shah Alam tu. Ke mana -mana pun boleh sebenarnya. Mummy  ada appointment dengan client petang. So, pagi memang dah susun jadual untuk buat kerja lain. So, apa plan mummy pagi ni? Mummy ke Guardian AEON Shah Alam untuk buat exprees health check dan redeem Guardian Vouchers bernilai RM15

RM15 VOUCHER PERCUMA GUARDIAN X AIA VITALITY 


Ha...mummy jalan ke AEON Shah Alam ni bukan saje-saje cari pasal tau ! Jalan-jalan pun dapat RM tau, walau pun RM dari segi vouchers.... tapi masih untung lah. Dapat pulak FREE check up kat Guardian. Erm...memang jimat banyaklah ! RM15 VOUCHER PERCUMA adalah kolaborasi GUARDIAN X AIA VITALITY 

Siapa yang ada plan dengan AIA dan AIA Vitality ni, dapatlah ganjaran macam ni. Ni sahaja ke ganjarannya? Eh..no no no. Bukan ni je, ganjarannya. Banyak lagi ganjarannya. Setiap minggu mummy akan dapat voucher Shopee, tiket wayang dan shopping di Jaya Grocer pun dapat diskaun.


Baca juga : 


MACAM MANA NAK REDEEM GUARDIAN VOUCHER FREE DAN HEALTH CHECK UP FREE ?


Dah ada AIA Vitality? Oh TAHNIAH mummy ucapkan ! Kalau tak ada AIA Vitality lagi korang boleh cari mummy sebelum TAKZIAH ye ...hehehe jangan marah naa.. Ok bagi yang dah ada AIA Vitality ni. Better korang cepat-cepat redeem voucher PERCUMA ni sebelum tarikh 30 November 2019. Macam mana cara nak redeem Guardian Voucher? Macam mana nak dapatkan pemeriksaan kesihatan exprees health check PERCUMA di Guardian?

1. Korang boleh buat appointment dulu dengan farmasi di Guardian
2. Selepas itu, korang boleh walk in ke Guardian yang ada farmasi (by appointment). 
3.  Mereka akan buat pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu. Seperti ukut ringgi, berat, cek tekanan darah dan ambil darah untuk cek gula.

4. Selesai semua. Vouchers terus akan di ebrikan. Tahniah !

KEMPEN AIA

Berkenaaan kempen AIA ini, ada beberapa syaratnya :-

1. Kempen ini, bermula dari  1 November 2019 to 30 November 2019.
2. Khas untuk yang tak pernah redeem lagi dari January-February 2019.
3. Janagn lupa bawa kad AIA Vitality ke Guardian
4. Untuk lokasi Giardian, boleh cek di  SINI

Selamat bershopping dengan voucher !!

HAPPY BIRTHDAY MAK !

HAPPY BIRTHDAY MAK ! - 21 November 2019 merupakan birthday mak mummy. Alhamdulillah, masih dapat meraikan bersama-sama birthday mak tahun ni. Moga umur mak terus panjang, kitorang nak hidup lama dengan mak ! Seebanrnya, kami dah buat makan-makan kat rumah sebelum tarikh hari jadi mak, kebetulan abang cuti. Cuma adik je lah tak ada. Sambutan kecil-kecilan sahaja. Mummy beli satay favorite mak, manakala mak masak pulut kuning dan rendang daging tempatan


HAPPY BIRTHDAY MAK !





Gambar birthday mak masa hari kejadian... tak berapa nak perfect. Mummy cek dalam kamera, gambar ni paling lawa hehe. So, pos gambar throwback je. Kalau kat rumah tu pepaham je lah gambar mak tak menutup aurat sepenuhnya, tak best untuk di pamerkan.

Alhamdulillah, mak sihat sehingga ke hari ni. Sakit lutut tu, biasa untuk wanita berumur ni kan. Mummy doakan mak sihat selalu, di panjangkan umur, di murahkan rezeki yang melimpah ruah dan sentiasa bahagia bersama orang tersayang.


Mak mummy seorang yang tinggi kesabarannya, penat macam mana pun tak pernah nak duduk diam. Setiap hari, mengemas, menyapu, memasak menjadi rutin.


Dah berumur ni, setiap 2, 3 tahun sekali mak mesti nak buat umrah dengan abah. Mummy doakan hajat mak ke umrah lagi kesampaian. Aminnn. Dengarnya macam next year nak pergi. Padahal bulan puasa - raya 2019 baru je umrah.

Tu lah nikmat yang tak boleh di dustakan. Nikmat umrah ni, mak kata lain sangat.

Insyaallah nak juga umrah dengan ahli keluarga kecil kami. Doakan kami juga, ye !

HADIAH UNTUK CIKGU DI MAJLIS PERPISAHAN PENUTUP SEKOLAH

HADIAH UNTUK CIKGU DI MAJLIS PERPISAHAN PENUTUP SEKOLAH - Assalamualaikum dan Selamat sejahtera. Korang mesti perasan penuh Wall FB, IG majliss penyampaian hadiah, majlis PERPISAHAN sekolah dan jamuan hujung tahun sekolah. So, mummy macam biasalah lah, tak nak lepas kan peluang update di blog untuk kenang-kenangan. Tahun-tahun akan datang, jika tak ada idea nak bagi hadiah apa untuk cikgu, boleh refresh entri blog sendiri aje hehe. Senang, kan diri sendiri juga. 

Cerita bab HADIAH UNTUK CIKGU DI MAJLIS PERPISAHAN PENUTUP SEKOLAH, jom tengok idea hadiah yang simple dari mummy untuk cikgu sekolah anak-anak 

HADIAH UNTUK CIKGU DI MAJLIS PERPISAHAN PENUTUP SEKOLAH




HADIAH UNTUK CIKGU DI MAJLIS PERPISAHAN PENUTUP SEKOLAH ni mummy last minit jugak buat preparation. Paper bag beli kat kedai ECO je. Nasib baik kedai ECO dekat. Paper bag tak banyak pilihan, maybe banyak kena borong juga tu. Tapi, okay juga dapat juga paper bag yang cun. 

Paper bag Hijau tu, untuk Dzal bagi pada 2 orang cikgu. 

Ada paper bag warna pink, tentu lah paper bag untuk Dhia bagi pada cikgu. 


Hadiah dari Dzal untuk cikgu ialah Bookmark kalendar 2020, mini planner kalendar 2020 (design owl), key chain design owl dan travel bag, macam tolietteries 


Hadiah dari Dhia untuk cikgu-cikgunya ialah tudung. 

Dhia last sekolah Tadika, so special. Sket untuk cikgu-cikgu nya

Sekolah anak-anak ni, sebenarnya ada 1 orang cikgu je. Tapi, cikgu lagi satu adalah pembantu (untuk sesi pagi) 

Bagi mummy, mummy assume dedua tu cikgu jugak lah. Dan, harga kedua-keduanya



Memang, nak ikutkan mummy tak buat preparation awal-awal. Tapi, stok barang ni kebanyakan memang sedia ada (bisnes online katanya) 

So, kita cari mana yang sesuai untuk di jadikan hadiah. Mixed & match gitu


Gifts untuk kawan-kawan pun ada juga. Pada mulanya, mummy berangan nak buatkan keychain nama seorang satu untuk kawan-kawan depa. Dan berangan... mummy nak DIY buat sendiri.

Huhu, oleh kerana mummy pun tak cukup-cukup masa. Kita beli je lah keychain ready made hehe. 

Tak usahlah berangan nak DIY DIY sangat ye!

Pilihan keychain untuk kawan-kawan depa. I, mummy pilih warna selamat kelabu, hitam. Supaya sesuai untuk semua orang. Malas nak fikir berapa lelaki, berapa perempuan student kelas depa. Pukul rata aje lah... 

Keychain ni pun, standby beratus-ratus pcs kat rumah. Tujuan asalnya untuk gifts pada customers mummy.

So, rezeki buat kawan-kawan Dhia dan Dzal juga. Semuanya kebetulan ada dan di permudahkan jalan oleh Allah s. W. T. Alhamdulillah 

BTW, Terima kasih cikgu-cikgu atas jasa mu, Terima kasih kerana mendidik anak kami sehingga menjadi cemerlang. 

Halalkan ilmu, makan dan minum buat anak-anak kami. 


Terima kasih juga buat kawan-kawan Dhia dan Dzal yang sentiasa membantu anak kami sewaktu dalam persekolahan. 

Maaf salah dan silap dari anak-anak kami dan juga kami. Sesungguhnya, yang baik itu dari DIA, yang buruk itu dari kami.... 

Huhu.. Mummy yang terlebih emo pulak... Sedih weiiii..


AKIBAT KECUR TENGOK BUAH MANGGA DAN JAMBU ASAM BOI CILI API

AKIBAT KECUR TENGOK BUAH MANGGA DAN JAMBU ASAM BOI CILI API - Assalamualaikum dan selamat sejahtera, huhu kemahen betul lah blog mummy ni ha. Dah macam Chispmore. Sekejap ada entri, sekejap tak ada entri hahaha. Okay, so hari ni kasik pecah telur update satu entri. 

Sebenarnya, kalau mummy terlebih aktif di facebook. Macam ni lah, blog memang ermmmmm...krik..krik. Banyak nau story nak up kat FB tu ha, okaylah. Mungkin korang yang dah tengok FB mummy, korang dah tahu pasal BUAH MANGGA DAN JAMBU ASAM BOI CILI API 


AKIBAT KECUR TENGOK BUAH MANGGA DAN JAMBU ASAM BOI CILI API 




Alkisahnya.....Dok tengok gambar buah-buahan + asam + gula + garam + cili api lalu lalang di FB mummy tu ha. Tekak pun tetiba lah rasa teringin. Aip bukan mengandung tau...normal lah kan tengok buah gini..memang kecurrrr.

Okay nampak kat FB tu ada orang jual, tapi kalau ngoder. Tak dan nak sampai immediately 😭😭 dah teringin sangat tekak nak makan BUAH MANGGA DAN JAMBU ASAM BOI CILI API

Makanya, terus keluar rumah bawa anak-anak pi borong buah kat giant. Balik  dari shopping, terus lah kita kupas, potong & make up kan ikut kehendak anak tekak.



CARA BUAT BUAH MANGGA DAN JAMBU ASAM BOI CILI API 


Cara mummy buat BUAH MANGGA DAN JAMBU ASAM BOI CILI API senang aje...
1. Potong dan bersihkan buah mangga dan jambu batu.

2. Sejukkan ke dalma peti ais sekejap (bahagian beku) supaya cepat sejuk.

3. Keluarkan buah, taburkan serbuk asam boi, sedikit gula, sedikit garam dan cili potong ke atas buah.

4. Sedia untuk di makan..perghhhhhhhhhhhhh sedap wei !



Husband kita tak suka cili api, sebab gastrik kan. So, cili api tu, utk mummy perabihkan. Tinggal tak ada cili api untuk cik husband kita hehehe

Alhamdulillah, sekali ngadap laki bini & anak-anak 😜

Minyak Herba Asmak untuk Batuk dan Selesema Anak

Minyak Herba Asmak untuk Batuk dan Selesema Anak - Assalamualaikum dan Selamat sejahtera semua. Cuaca sekarang ni, tak menentukan. Sekejap panas berdeting, sekejap lagi kang hujan pulak. Paling kesian anak-anaklah. Mereka yang kecil ni, cepat jatuh sakit kerana imun badan tak kuat. Apatah lagi bila keadaan cuaca tak menentu ni ha. Mummy bukan nak menidakkan ketentuan Allah. Okay, setiap apa yang berlaku ada asbab dan juga penawar juga. Betul, tak? Sakit macam demam, selesema, batuk tu perkara biasalah. Siapa yang tak pernah kena. Betul tak.

Minyak Herba Asmak untuk Batuk dan Selesema Anak

Kita bagi 5 bintang untuk Minyak Herba Asmak !
.
Macam mana mummy boleh katakan Minyak Herba Asmak untuk Batuk dan Selesema bagus untuk anak kami? Cerita bab demam, batuk dan selesema ni, anak-anak kami pun kena selesema baru ni. Mummy pakaikan sekali sahaja dengan Minyak Herba AsmakTerus depa minta nak pakai lagi. Mummy tanya juga kepada Dhia (si sulung), "Dhia rasa macam mana pakai minyak ni, best ke"

Dhia jawab, "best selesa bila tidur malam. Hidung selesa nafas."

Allahuakbar, alhamdulillah....Serasi betul minyak herba Asmak ni dengan anak kami.

Dzal yang batuk pun dah tak batuk lagi. Alhamdulillah


Dah sihat dan bebas dari batuk selesema. Apa lagi, bolehlah bawa anak-anak mandi kolam pula hehehe. Kalau dulu, mummy cukup risau nak bawa anak-anak turun mandi kolam (swimming pool) bawah rumah. Risau nanti cepat kena selesema dan batuk je ! Sejak ada Minyak Herba Asmak, nak mandi swimming pool pun tak ada hal,lah !


Minyak Herba Asmak Ada Kelulusan KKM



Minyak Herba Asmak ni, memang mummy tak perlu ragu dah. Dahlah memang sesuai untuk anak kami, malah ianya juga ada kelulusan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia). Allahu....ni yang rasa bertambah yakin sangat ni.



Mummy suka dengan tekstur Minyak Herba Asmak ni, sangat pekat dan likat. Bukan ceroi (cair ) macam minyak lain di luar. Puas hati pakai, tak perlu letak banyak pun.

CARA PAKAI MINYAK HERBA ASMAK


Cara pakai Minyak Herba Asmak ni senang aje, 
1. mummy akan tuangkan ke tapak tangan mummy terlebih dahulu.
2. Sapu di perut, dada, belakang dada dan juga tapak kami anak selepas mandi dan pada ketika bila perlu.
3. Urut perlahan dan ratakan minyak di tempat tersebut

Malam-malam sebelum tidur pun, Daim pakai #minyakherbaasmak#minyakasmak. Lena anak-anak tidur sampai pagi. Tahu-tahu je, siang sudah 🤣🤣

Minyak Herba Asmak ni, banyak kegunaannya :
1. Batuk
2. Batuk berkahak
3. Selesema
4. Kembung perut
5. Sakit kepala
6. Sembelit
7. Buasir
8. Masalah kulit dan banyak lagi




Cara nak simpan Minyak Herba Asmak ni senang aje. Simpan di tempat yang kering dan bersuhu bawah 30 darjah celcius.


Harga sebotol Minyak Herba Asmak ini adalah berharga RM39 untuk sebotol (30ml)


Nak satu botol Minyak Herba Asmak juga ke tu?? Mehlah dapatkan dengan stokis ni :  https://www.facebook.com/rabiahtun.nomawi

Mummy beli dengan stokis Rabiahtun je 😁Nak mudah, korang boleh Whatssap je ke : http://www.wasap.my/60135819100


DentYucral Ubat Gigi Khas Untuk Penghidap Diabetes dan Kempen ‘Keep Your Teeth For Life’

GIGI SIHAT PUTIH BERSERI SEHINGGA KE HARI TUA - Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Semalam merupakan hari Diabetes sedunia. SELAMAT HARI DIABETES ! Sempena hari Diabetes sedunia. Mummy berkesempatan untuk menghadiri Kempen ‘Keep Your Teeth For Life’ tujuannya untuk menggalakkan kesedaran kesihatan oral dalam kalangan pesakit diabetes



Diabetes ni, merupakan penyakit keturunan sebelah daddy (suami mummy). Alhamdulillah sehingga kini kami masih bebas dari penyakit Diabetes. Walau kami bebas darinya, bukan bermakna kami sekeluarga boleh ambil endah tak endah tentang cara untuk atasinya dan mengelakkannya.

Alhamdulillah, mummy dapat ilmu baru tentang penjagaan Diabetes dari awal. Mummy tak tahu sebelum ini bahawa penjagaan oral adalah langkah penting dalam Diabetes.


DentYucral Ubat Gigi Khas Untuk Penghidap Diabetes dan Kempen ‘Keep Your Teeth For Life’


Semalam mummy baru tahu bahawa DentYucral Ubat Gigi Khas Untuk Penghidap Diabetes dalam Kempen ‘Keep Your Teeth For Life’. Biasalahkan, bila tak ada sakit Diabetes, kita pun tak ambil tahu pun tentang penyakit ni. Sebenarnya salah, kita mesti tahu cara pencegahannya juga. Merawat lebih baik dari di ubati. Gituuuuu.


Hadir pada majlis pelancaran ‘Keep Your Teeth For Life’ merupakan Prof. Madya Dr. Jeyakantha Ratnasingam, Perunding Endokrinologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Pusat Pakar Universiti Malaya; Dr. Sai Mala, Pengamal Perubatan Gigi Swasta, Klinik Surgeri Sai Mala; Dr. Rajes Qvist, Saintis Kajian Diabetes Jenis 2, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya dan Annie Joseph, Pengarah Urusan, Vital Signs BH.



Senyuman membawa seribu makna, oleh itu senyuman dengan gigi semulajadi yang sihat pasti membawa nilai yang lebih bermakna. Selain faktor kosmetik, gigi serta gusi yang sihat merupakan indikasi kepada tahap kesihatan seseorang. Tanda – tanda dan simptom seperti bengkak gusi, kehilangan gigi, mulut kering serta nafas berbau merupakan gejala penyakit sistemik seperti diabetes. Dengan purata jangka hayat rakyat Malaysia kini pada 75 tahun dan keatas, kebersihan oral adalah amat penting bagi memastikan gigi semulajadi yang sihat pada usia emas terutamanya jika individu tersebut menghidapi Diabetes. 

Menyedari masalah ini, Vital Signs BH Sdn. Bhd. (Vital Signs BH), pengedar jenama ubat gigi DentYucral, hari ini telah melancarkan kempen ‘Keep Your Teeth For Life’ bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan penjagaan kesihatan oral. Kempen ini merangkumi platform pendidikan untuk mempromosikan kebersihan dan penjagaan oral bagi rakyat Malaysia dengan diabetes yang berumur 18 tahun dan ke atas. 
Seiring dengan kempen ‘Keep Your Teeth For Life’, Vital Signs BH Sdn. Bhd. juga berkerjasama dengan Diabetes Malaysia melalui aktiviti terpilih untuk melaksanakan kesedaran kesihatan oral dalam kalangan penghidap Diabetes. Ini termasuklah sidang kecil media, artikel Keep Your Teeth for Life di dalam risalah berita Diabetes Malaysia yang diedarkan kepada penghidap Diabetes seluruh Malaysia, risalah kempen serta mengedarkan produk kepada penghidap Diabetes melalui Diabetes Malaysia.

Bercerita mengenai motivasi di sebalik kempen ini, Annie mengulas, “Kesihatan oral merupakan satu aspek yang terabai dalam penjagaan Diabetes. Oleh itu, ia amat penting bagi penghidap untuk dididik dan menjadikan kesihatan oral sebagai sebahagian pengurusan Diabetes mereka. Mereka perlu hadir bagi pemeriksaan dan pembersihan gigi secara berkala dan menggunakan produk gigi dan ubat gigi yang sesuai. DentYucral merupakan ubat gigi yang membantu dalam penjagaan oral seharian, termasuklah bagi penghidap Diabetes.

DentYucral diformulasikan di Eropah dengan 18 bahan kandungan berbeza yang membantu untuk menguatkan gigi, melindungi gusi, melawan plak gigi, tartar dan kerosakan gigi. Ia juga membantu untuk memulihara dan melembapkan gusi dengan melancarkan peredaran darah serta membantu pemulihan luka dengan menggalakkan pembaharuan sel. 

Vital Signs BH juga akan berkongsi mengenai DentYucal serta manfaatnya kepada ahli Diabetes Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai DentYucral, layari www.dentyucral.my atau (https://www.facebook.com/dentyucralmalaysia/)

5 PRODUK PENCERAH EVERSOFT SKINZ BLOSSOM WHITE BAHARU: Cerah Berseri dalam masa 10 Hari

Rangkaian EVERSOFT SKINZ Blossom White Baharu Cerah Berseri dalam masa 10 Hari - Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Apa khabar? Mummy alhamdulillah sihat. Kulit mummy pun sihat dan cantik berseri juga ni. Terima kasih EVERSOFT SKINZ Blossom White 




Rangkaian EVERSOFT SKINZ Blossom White Baharu Cerah Berseri dalam masa 10 Hari 


Hari ini mummy nak memperkenalkan korang tentang rangkaian baharu dari EVERSOFT SKINZ Blossom White Baharu Cerah Berseri dalam masa 10 Hari. Di negara kita yang mengalami adakalanya musim panas, kita mudah terdedah kepada sinaran UV dan radiasi infra merah setiap hari. 

Selain faktor semulajadi, kita juga terdedah kepada cahaya kediaman terutamanya yang berbentuk fluorescent dan halogen yang memancarkan cahaya UVA dan turut membahayakan kulit kita. Pendedahan berterusan boleh menjadi pendorong kepada masalah bintik gelap, kulit kering, tona tidak sekata serta kulit kusam. Adalah menjadi satu keajaiban bagaimana wanita Jepun dapat mengekalkan kulit mereka yang halus, cerah dan selicin porselin tanpa mengalami kesan yang memudaratkan.


Kebaikan Rangkaian EVERSOFT SKINZ Blossom White Baharu 


Memperkenalkan EVERSOFT SKINZ Blossom White – rangkaian penjagaan kulit wajah dengan teknologi Jepun serta 100% ekstrak tumbuhan yang terbukti secara klinikal dengan keberkesanannya terhadap wanita Asia yang impikan kulit cerah semulajadi. 

Kebaikan Rangkaian EVERSOFT SKINZ Blossom White adalah :-

1. EVERSOFT SKINZ Blossom White BEBAS daripada 6 bahan berbahaya yang sering terkandung di dalam produk pencerah. Rangkaian ini BEBAS daripada Paraben, pewarna tiruan, wangian tiruan, minyak mineral, alcohol dan Phthalates. 

2. Sebagai jenama yang bertanggungjawab, EVERSOFT SKINZ bukan sahaja menggunakan bahan yang selamat, malah produk mereka juga tidak diuji ke atas haiwan.

3. Berasaskan dari 100% tumbuhan aktif, EVERSOFT SKINZ Blossom White mengandungi bahan mesra kulit seperti ekstrak Sakura yang melembutkan serta melicinkan kulit sambil menyamaratakan tona kulit agar kekal sekata. 

4. Ditambah dengan manfaat semulajadi Uji Tea, teh hijau premium yang padat dengan antioksiden semulajadi yang kuat ini, dapat membantu mengurangkan pigmentasi sambil memperbaharui dan memperbaiki kerosakan pada kulit yang disebabkan oleh sinaran UV dan radikal bebas. 

5. Rangkaian ini turut diperkaya dengan Cendawan Shiitake yang kaya dengan asid amino, antioksidan, multivitamins, mineral dan lentinan yang membantu mencerahkan kulit serta meningkatkan imunisasi kulit terhadap alam sekitar yang berbahaya.

5 produk pencerah EVERSOFT SKINZ Blossom White


EVERSOFT SKINZ Blossom White terdiri daripada 5 produk pencerah yang memberikan anda manfaat cerah semulajadi melalui 4 langkah rejim panjagaan muka: 


· Pembersih Buih Pencerah EVERSOFT SKINZ Blossom White (100ml RM18.90)



Pembersih buih berasaskan 100% tumbuhan aktif ini membersih dengan cepat dan tidak mengeringkan kulit. Ia mampu membersih dengan baik dan menanggalkan kotoran sambil mengekalkan keseimbangan lembapan semulajadi pada kulit wajah anda. Ia membersih secara mendalam, menanggalkan sebum berlebihan, menjadikan kulit wajah anda lembut, halus dan licin tanpa cela.


· Toner pencerah EVERSOFT SKINZ Blossom White(100ml RM22.90)

Toner berasaskan air, ringan, dan cepat meresap kedalam kulit ini mampu membersih dan mengecilkan liang-liang pori anda agar kulit kembali cerah dan segar. Diperkaya dengan ekstrak tumbuhan semulajadi untuk meningkatkan tahap pencerahan kulit, agar kulit semakin sihat dan berseri. Ia memberikan 2x penghidratan, melegakan serta memperbaiki kulit yang meradang serta menyiapkan kulit wajah untuk menyerap Serum Pencerah intensif secara optimum.


·Aura Serum Pencerah EVERSOFT SKINZ Blossom White(30ml RM55.90)


Serikan kulit andad alam masa 10 hari dengan 6x booster pencerah. Serum berasaskan air ini amat ringan dan menyerap pantas menjadikan kulit anda sehalus sutera dan tidak berminyak. Padat dengan 3 ekstrak tumbuhan semulajadi (Uji tea, ekstrak Sakura, dan ekstrak Shiitake), ditambah dengan manfaat Vitamin C, Vitamin F dan peptide, serum ini berkesan meringankan dan menyamaratakan tona kulit serta melawan radikal bebas harian yang berbahaya. Ia juga membantu mengurangkan pigmentasi, bintik-bintik gelap dan memperbaiki tekstur kulit dengan berkesan menjadikan kulit sihat dan cerah berseri semulajadi.


· Krim Pencerah dengan ketahanan SPF 15 PA ++ EVERSOFT SKINZ Blossom White(40g RM39.90)




Krim berasaskan air yang meresap dengan cepat dan efektif agar kulit kelihatan cerah. Ia melindungi kulit wajah daripada sinaran UV dan infra merah berbahaya dengan SPF15 PA++. Dirumuskan dengan ekstrak tumbuhan semulajadi dan vitamin B3, ia mencerahkan tona kulit serta melembut dan melembapkan kulit pada siang hari. 


· Krim Malam Pencerah EVERSOFT SKINZ Blossom White(40g RM 44.90)

Krim malam intensif yang berasaskan air, tidak berminyak dan meresap dengan pantas memberikan kulit lembut sehalus baldu dengan menghalang kekeringan pada kulit serta mengurangkan garis halus. Ia menyediakan proses pencerahan kulit dengan pantas, menyamaratakan tona serta menghalang pigmentasi semasa anda tidur. Bangun pagi dengan kulit yang lebih cerah, halus, dan muda remaja.

Dengan penggunaan rangkaian EVERSOFT SKINZ Blossom White secara lengkap dan berterusan, anda akan menikmati tona kulit yang lebih cerah, licin dan sihat dalam masa 10 hari!



Rangkaian penjagaan wajah EVERSOFT SKINZ Blossom White kini terdapat di semua farmasi, pasaraya besar, dan pasaraya terkemuka di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook EVERSOFT SKINZ di https://www.facebook.com/EversoftSkinz/


*Harga tertera termasuk 6% SST.

12 NOVEMBER HARI PNEUMONIA SEDUNIA, JOM LINDUNGI DIRI DARI PENYAKIT PNEUMOKOKAL

12 NOVEMBER HARI PNEUMONIA SEDUNIA, JOM LINDUNGI DIRI DARI PENYAKIT PNEUMOKOKAL - Sebelum terlewat lagi, di sini mummy ingin mengucapkan SELAMAT HARI PNEUMONIA SEDUNIA , mungkin ada yang sedar dan ada yang tidak perasan bahawa semalam 12 November 2019 merupakan hari PNEUMONIA SEDUNIA




Apa itu PNEUMONIA? Dan apa pula penyakit PNEUMOKOKAL? Mummy tahu tentang vaksin ini tetapi tak berapa pasti berapa % bahayanya penyakit ini tanpa vaksin.

Mummy hanya mengehtahui vaksin wajib di Klinik Kerajaan sahaja. Almaklumlah FREE kan, tapi kalau tarikh temujanji di Klinik Kesihatan tak dapat mummy hadiri . Biasanya, mummy akan bawa anak-anak ke Klinik Swasta juga. Mencegah lebih baih dari mengubati. Kalau asyik delay bawa vaksin wajib. Kang risau pulak apa-apa terjadi pada anak kita. Anak kita adalah amanah kita !

GSK lancar kempen kesedaran sempena Hari Pneumonia Sedunia 2019 Semalam 12 November 2019 mummy berkesempatan untuk hadiri ke majlis yang di adakan oleh GlaxoSmithKline Pharmaceutical Sdn. Bhd. (GSK) yang melancarkan kempen Vaccinate for Life di Malaysia untuk meningkatkan kesedaran dan mendidik orang ramai tentang betapa pentingnya vaksinasi serta penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin. 

Apa itu Pneumonia ?

Pneumonia, sejenis jangkitan paru-paru, boleh disebabkan oleh bermacam-macam bakteria, virus dan kulat. Di mana penyakit pneumokokal, dalam bentuk invasif atau tidak invasif, adalah jangkitan yang disebabkan oleh bakteria Streptococcus pneumoniae (pneumococcus) .

Apa pula Pneumococcus ?

Pneumococcus boleh menyebabkan pelbagai jenis jangkitan, yang sebahagiannya boleh mengancam nyawa. Malah, salah satu penyebab yang paling umum buat pneumonia yang teruk ialah bakteria pneumokokus. Selain pneumonia, bakteria pneumokokus juga boleh menyebabkan jangkitan telinga dan sinus (tidak invasif).

Bakteria pneumokokus 'invasif' boleh mencerobohi aliran darah yang menyebabkan jangkitan saluran darah (bakteremia) dan meningitis (jangkitan pada tisu dan cecair yang meliputi otak dan saraf tunjang).

Bahaya,kan penyakit ini? Bahayanya ia, tapi ada solusi untuk pencegahannya. Jom kita tengok apakah cara untuk mencegahnya !


12 NOVEMBER HARI PNEUMONIA SEDUNIA, JOM LINDUNGI DIRI DARI PENYAKIT PNEUMOKOKAL



Dr. Ashwini Saha, Pengarah Perubatan Vaksin, GSK Malaysia menyarankan selain minum air yang bersih vaksinasi merupakan dasar kesihatan awam yang paling efektif dalam mencegah penyakit berjangkit


Ianya sudah terbukti bahawa melalui vaksinasi, penyakit-penyakit seperti cacar air boleh dibasmi. Dengan penambahbaikan dasar kesihatan dan akses, kami akan terus menyaksikan pengurangan kematian dan morbiditi yang disebabkan oleh penyakit berjangkit.


VACCINATE FOR LIFE’ & BANTU LINDUNGI DIRI DARI PNEUMONIA DAN PENYAKIT PNEUMOKOKAL


Dengan legasi yang telah bertapak selama 60 tahun di Malaysia, GSK merupakan sebuah syarikat global diterajui sains berlandaskan misinya yang tersendiri, dan kempen ini bertujuan untuk mengetengahkan betapa pentingnya vaksinasi sepanjang hayat.

Bagaimana nak mencegah dari penyakit pneunomia ? Ha...dengan cara vaksin PNEUMOKOKAL, kita boleh mencegah dari awal.

Sempena Hari Pneumonia Sedunia, penekankan pneunomia sebagai salah satu penyakit utama yang boleh dicegah dengan vaksin, kempen ini menunjukkan bagaimana vaksin dapat membantu melindungi kehidupan kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah.

18% KEMATIAN KANAK-KANAK ADALAH DARI PNEUMONIA


Hari ini, pneumonia merupakan salah satu punca utama kematian dalam kalangan kanak-kanak, sebanyak 18% daripada semua kematian kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah di seluruh dunia

Kanak-kanak yang berusia di bawah lima tahun adalah amat terdedah kepada penyakit ini terutama mereka yang mempunyai sistem imun terjejas yang mungkin lemah kerana kekurangan zat makanan atau kekurangan makanan, terutamanya bagi bayi yang menyusu selain daripada menyusu badan, walaupun dalam kebanyakan kes, ia sebenarnya dapat dicegah dan dirawat.




Kempen Vaccinate for Life GSK, yang dilancarkan sempena Hari Pneumonia Sedunia pada 12 November, turut dihadiri oleh Dato’ Dr. Musa Mohd Nordin, Pakar Perunding Pediatrik dan Neonatologi dan Dr. Yong Junina Fadzil, Pakar Perunding Pediatrik dan Kardiologi Pediatrik, Dr. Lien Pham, Pengurus Besar, GSK Malaysia dan En. David Lin, Pengarah Komunikasi & Hal Ehwal Kerajaan, GSK Malaysia.

Bertapak selama 60 tahun dalam industri penjagaan kesihatan di Malaysia, GSK tetap komited kepada pegangannya yang bertumpukan pesakit; ditekankan lagi melalui kempen Vaccinate for Life dengan objektif:

· Memberi maklumat kepada orang ramai mengenai penyakit-penyakit yang boleh dicegah vaksin untuk membantu mereka membuat keputusan yang bijak mengenai penjagaan kesihatan mereka.

· Menekankan kepentingan vaksinasi sepanjang hayat untuk setiap orang.


"Kami amat menyokong seruan Kementerian Kesihatan supaya kanak-kanak diberikan vaksinasi terhadap penyakit pneumokokal. Kami turut menerima baik dan mengalu-alukan berita yang ditunggu-tunggu mengenai penyenaraian vaksin konjugat pneumokokus (PCV) ke dalam Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) "kata En. David Lin.


"Di samping itu, kempen Vaccinate for Life GSK bukan sekadar menyeru pengambilan vaksinasi terhadap pneumonia dan IPD. Walaupun vaksinasi sewaktu kecil membantu memberikan kanak-kanak permulaan yang sihat dalam kehidupan, ia bukanlah terhenti di situ sahaja. Vaksinasi diperlukan sepanjang hayat untuk melindungi diri daripada penyakit yang boleh dicegah, dan untuk mencegah penyakit daripada tersebar dalam masyarakat, "jelas En. David Lin.

GSK merupakan pemimpin global dalam vaksinasi sepanjang hayat dengan legasi bertahun-tahun lamanya dalam sains vaksinasi dan mempunyai 41 jenis vaksin di seluruh dunia untuk membantu melindungi orang ramai di setiap peringkat kehidupan, dari kanak-kanak sehinggalah sewaktu remaja, kehamilan dan lebih daripada itu; termasuk vaksin pneumokokal dan HPV. Di Malaysia, vaksin GSK yang pelbagai merangkumi 12 vaksin untuk kanak-kanak, 8 untuk remaja dan 8 lagi untuk orang dewasa dan warga emas dengan penuaan yang sihat.


Menekankan lagi betapa pentingnya vaksinasi, Dato’ Dr. Musa berkongsi, "Apabila usia semakin lanjut, sistem imun kita turut bertambah usia. Ini menjadikan kita semakin terdedah kepada penyakit yang mengancam nyawa. Dengan menguatkan sistem imun kita melalui vaksinasi sepanjang hayat, ia pasti dapat melindungi kita dan orang-orang sekeliling kita di mana akhirnya, membantu menyelamatkan nyawa. Vaksinasi yang kita terima sewaktu kanak-kanak pasti dapat melindungi kita daripada penyakit yang mengancam nyawa atau melemahkan. Malah ia turut memperkuatkan asas untuk imuniti yang lebih kuat di masa hadapan."


Sementara itu Dr. Yong Junina Fadzil berkata, "Terdapat tanggapan yang amat salah tentang vaksinasi dan kesannya terhadap kesihatan anak kita. Oleh itu, pendidikan masyarakat yang berterusan, kerjasama dengan profesional penjagaan kesihatan serta penambahbaikan dalam dasar-dasar negara boleh mengubah sudut pandang masyarakat. Langkah Kerajaan untuk menyenaraikan vaksin pneumokokal ke dalam NIP seharusnya perlu dipuji dan ia menguatkan lagi betapa pentingnya untuk memberikan kanak-kanak vaksin terhadap penyakit berjangkit ini. Sama seperti senaman kerap dan pemakanan yang sihat, mengikut program vaksinasi yang telah dijadualkan adalah penting untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat. "


RM60 JUTA PERUNTUKAN BELANJAWAN 2020 UNTUK VAKSIN PNEUMOKOKAL




Dalam pembentangan Belanjawan 2020, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM60 juta bagi suntikan vaksin Pneumokokal yang akan diberikan secara percuma kepada kanak-kanak bawah 5 tahun . Ianya adalah sebagai sebahagian dari Program Immunisasi Negara.

Kalau dah FREE macam ni, siapa tak suka memang mummy pun suka tau ! Boleh bawa Daim Naufal untuk ambil vaksin ini. Masih belum terlambat untuk vaksinkan Daim Naufal.

Harga vaksin ini di klinik swasta atau hospital swasta adalah berharga RM200-300

Untuk ketahui lebih lanjut mengenai vaksin ini. Sila rujuk pakar profesional penjagaan kesihatan mengenai vaksinasi terhadap penyakit pneumonia dan pneumokokal.

2 Kapsul Sehari Dengan Pynocare Mengatasi Masalah Kulit Tona Tak Sekata

2 Kapsul Sehari Dengan Pynocare Mengatasi Masalah Kulit Tona Tak Sekata -  2 kapsul Pynocare, 2 kapsul Pynocare ! Yes ...setiap hari mummy makan 2 kapsul Pynocare untuk kulit mummy. Bukan kulit muka sahaja nak kena elok ye ! Kulit satu badan pun, nak kena elok. Biasanya, kebanyakan wanita (wanitalah yang suka jaga bab kecantikan ni kan) akan menjaga kulit waja atau kulit muka je. Part tu je lah, yang waniata jaga bagi cantik. Apooo? Dah ada Pynocare untuk cantikkan kulit satu badan. Tak kan nak cantik di muka sahaja ! 

2 Kapsul Sehari Dengan Pynocare Mengatasi Masalah Kulit Tona Tak Sekata



Pynocare ini antara suplemen yang sangat mummy suka. Sebab apa? Sebab Pynocare ni bukan mengatasi masalah kulit tona yang tak sekata tau ! Malah ianya bertindak sebagai perlindungna UV, combat melasma, serta bertindak sebagai pemutihan.

Lagi best Pynocare ini ada pembentukan kolagen dalam badan. Banyak fungsinya tau ! Hanya 2 Kapsul Sehari Dengan Pynocare Mengatasi Masalah Kulit Tona Tak Sekata

SIAPA YANG SESUAI AMBIL PYNOCARE

Pynocare ini sesuai di ambil oleh :-
1. Individu yang mempunyai masalah jeragat atau pigmentasi.
2. Individu yang mempunyai masalah warna kulit yang tidak sekata/kulit kusam.
3. Individu yang menginginkan kulit yang cerah/putih dan gebu.
4. Individu yang mempunyai masalah kulit kering.
5. Serta kulit yang berjerawat/berparut.
6. Individu yang inginkan kulit wajah yg tegang dan kelihatan muda.
7. Individu yang ingin kurang kedutan di muka dan mengecilkan liang pori.

2 Kapsul Sehari Dengan Pynocare Mengatasi Masalah Kulit Tona Tak Sekata -  2 kapsul Pynocare, 2 kapsul Pynocare ! Yes ...setiap hari mummy makan 2 kapsul Pynocare untuk kulit mummy. Bukan kulit muka sahaja nak kena elok ye ! Kulit satu badan pun, nak kena elok. Biasanya, kebanyakan wanita (wanitalah yang suka jaga bab kecantikan ni kan) akan menjaga kulit waja atau kulit muka je. Part tu je lah, yang waniata jaga bagi cantik. Apooo? Dah ada Pynocare untuk cantikkan kulit satu badan. Tak kan nak cantik di muka sahaja !     2 Kapsul Sehari Dengan Pynocare Mengatasi Masalah Kulit Tona Tak Sekata      Pynocare ini antara suplemen yang sangat mummy suka. Sebab apa? Sebab Pynocare ni bukan mengatasi masalah kulit tona yang tak sekata tau ! Malah ianya bertindak sebagai perlindungna UV, combat melasma, serta bertindak sebagai pemutihan.  Lagi best Pynocare ini ada pembentukan kolagen dalam badan. Banyak fungsinya tau ! Hanya 2 Kapsul Sehari Dengan Pynocare Mengatasi Masalah Kulit Tona Tak Sekata  SIAPA YANG SESUAI AMBIL PYNOCARE Pynocare ini sesuai di ambil oleh :- 1. Individu yang mempunyai masalah jeragat atau pigmentasi. 2. Individu yang mempunyai masalah warna kulit yang tidak sekata/kulit kusam. 3. Individu yang menginginkan kulit yang cerah/putih dan gebu. 4. Individu yang mempunyai masalah kulit kering. 5. Serta kulit yang berjerawat/berparut. 6. Individu yang inginkan kulit wajah yg tegang dan kelihatan muda. 7. Individu yang ingin kurang kedutan di muka dan mengecilkan liang pori.   KENAPA MUMMY AMBIL PYNOCARE  Kenapa mummy ambil Pynocare dan percayakan produk ini.  Pertamanya, Pynocare ni adalah produk yang HALAL ! Penting bab HALAL ini jika kita seorang Muslim. Betul, tak. So, mummy dah tahu ianya ada sijil HALAL. Maka, tak risau lah mummy consume nya !  Pynocare ni ada kajian klinikal dari HUKM, iaitu  76% kadar pencerahan kulit dan penurunan ketara pigmentasi selama 8 minggu  Spin Control Institute, France pula, dari kajaian mereka 85% kadar pengecilan pigmentasi dan pencerahan kulit dalam 12 minggu.  Tiada kesan sampingan yang memudaratkan.  Testimoni Pynocare  Testimoni Pynocare ini mummy dapati dari hasil teguran akwan-kawan sahaj. Mummy baru makan dalam 2 minggu Pynocare ni, ramai dah tegur kata kulit mummy bersih. Padahal kawan mummy tu.... dekat sebulan tak jumpa. Alhamdulillah, terima kasih Pynocare !   Perubahan ketara mungkin dapat dilihat perubahan kulit dalam masa 2 hingga 3 bulan setelah mengambil Pynocare bergantung kepada warna kulit, size pigmentasi dan tona kulit.  Macam kulit mummy ni, tak berapa banyak sangat pigmentasi. Tapi umur menghampiri 40 tahun ni, pigmentasi senang menjelma. So, memang nak kena cegah dari awal !  Keberkesanan mungkin berlainan bagi setiap wanita atas sebab perbezaan kulit.          Dalam setiap kotak ini, mengandungi 50 kapsul Pynocare. Cukup hampir sebulan boleh makan.  Bahan apa yang ada dalam Pynocare?  Jom kita tengok kandungan yang ada dalam Pynocare ini.....     Ekstrak Kulit Kayu Pain Maritim Perancis   - kaya dengan procyanidin oligomerik (OCPs) dan bioflavonoid yang berfungsi sebagai antioksidan untuk menghapuskan radikal bebas.  - berupaya membentuk lebih banyak struktur antioksidan dengan mengitar semula vitamin C dan menghasilkan vitamin E.      Vitamin C  - merupakan antioksidan semulajadi  - melindungi kulit daripada UVA, UVB dan cahaya yang boleh dilihat  - menghalang penghasilan dan pembentukan melanin  - bekerjasama dengan vitamin E    Ekstrak D.Salina  - membekalkan sumber semulajadi yang kaya dengan karotenoid, beta karotena  - merupakan antioksidan semulajadi yang melindungi membran sel dari pengoksidaan lipid dan kerosakan yang disebabkan oleh cahaya UV      Vitamin E  - sebagai antioksidan larut lemak utama yang menghalang pengoksidaan lipid dan menhapuskan radikal bebas  - memberi perlindungan UV serta mengurangkan kesan kesan foto penuaan    Berapa harga sekotak Pynocare ini? Harga sekotak Pynocare ini, dalam RM200++ tapi sekarang banyak farmasi tengah sale. Boleh dapatkan pada harga bawah RM200. Ha..apa lagi jomsss le shopping :)    Di mana boleh dapatkan suplemen Pynocare ini? Ha...korang boleh walk in ke mana-mana farmasi terkemuka atau boleh juga buat pembelian online di :-      Lazada : http://Biolife.2.vu/Lazada-Pynocare  CARiNG : http://Biolife.2.vu/CARiNG-Pynocare  Watsons : http://Biolife.2.vu/Watsons-Pynocare


KENAPA MUMMY AMBIL PYNOCARE


Kenapa mummy ambil Pynocare dan percayakan produk ini.

Pertamanya, Pynocare ni adalah produk yang HALAL ! Penting bab HALAL ini jika kita seorang Muslim. Betul, tak. So, mummy dah tahu ianya ada sijil HALAL. Maka, tak risau lah mummy consume nya !

Pynocare ni ada kajian klinikal dari HUKM, iaitu  76% kadar pencerahan kulit dan penurunan ketara pigmentasi selama 8 minggu

Spin Control Institute, France pula, dari kajaian mereka 85% kadar pengecilan pigmentasi dan pencerahan kulit dalam 12 minggu.

Tiada kesan sampingan yang memudaratkan.

Testimoni Pynocare

Testimoni Pynocare ini mummy dapati dari hasil teguran akwan-kawan sahaj. Mummy baru makan dalam 2 minggu Pynocare ni, ramai dah tegur kata kulit mummy bersih. Padahal kawan mummy tu.... dekat sebulan tak jumpa. Alhamdulillah, terima kasih Pynocare !


Perubahan ketara mungkin dapat dilihat perubahan kulit dalam masa 2 hingga 3 bulan setelah mengambil Pynocare bergantung kepada warna kulit, size pigmentasi dan tona kulit.

Macam kulit mummy ni, tak berapa banyak sangat pigmentasi. Tapi umur menghampiri 40 tahun ni, pigmentasi senang menjelma. So, memang nak kena cegah dari awal !


Keberkesanan mungkin berlainan bagi setiap wanita atas sebab perbezaan kulit.


2 Kapsul Sehari Dengan Pynocare Mengatasi Masalah Kulit Tona Tak Sekata -  2 kapsul Pynocare, 2 kapsul Pynocare ! Yes ...setiap hari mummy makan 2 kapsul Pynocare untuk kulit mummy. Bukan kulit muka sahaja nak kena elok ye ! Kulit satu badan pun, nak kena elok. Biasanya, kebanyakan wanita (wanitalah yang suka jaga bab kecantikan ni kan) akan menjaga kulit waja atau kulit muka je. Part tu je lah, yang waniata jaga bagi cantik. Apooo? Dah ada Pynocare untuk cantikkan kulit satu badan. Tak kan nak cantik di muka sahaja !     2 Kapsul Sehari Dengan Pynocare Mengatasi Masalah Kulit Tona Tak Sekata      Pynocare ini antara suplemen yang sangat mummy suka. Sebab apa? Sebab Pynocare ni bukan mengatasi masalah kulit tona yang tak sekata tau ! Malah ianya bertindak sebagai perlindungna UV, combat melasma, serta bertindak sebagai pemutihan.  Lagi best Pynocare ini ada pembentukan kolagen dalam badan. Banyak fungsinya tau ! Hanya 2 Kapsul Sehari Dengan Pynocare Mengatasi Masalah Kulit Tona Tak Sekata  SIAPA YANG SESUAI AMBIL PYNOCARE Pynocare ini sesuai di ambil oleh :- 1. Individu yang mempunyai masalah jeragat atau pigmentasi. 2. Individu yang mempunyai masalah warna kulit yang tidak sekata/kulit kusam. 3. Individu yang menginginkan kulit yang cerah/putih dan gebu. 4. Individu yang mempunyai masalah kulit kering. 5. Serta kulit yang berjerawat/berparut. 6. Individu yang inginkan kulit wajah yg tegang dan kelihatan muda. 7. Individu yang ingin kurang kedutan di muka dan mengecilkan liang pori.   KENAPA MUMMY AMBIL PYNOCARE  Kenapa mummy ambil Pynocare dan percayakan produk ini.  Pertamanya, Pynocare ni adalah produk yang HALAL ! Penting bab HALAL ini jika kita seorang Muslim. Betul, tak. So, mummy dah tahu ianya ada sijil HALAL. Maka, tak risau lah mummy consume nya !  Pynocare ni ada kajian klinikal dari HUKM, iaitu  76% kadar pencerahan kulit dan penurunan ketara pigmentasi selama 8 minggu  Spin Control Institute, France pula, dari kajaian mereka 85% kadar pengecilan pigmentasi dan pencerahan kulit dalam 12 minggu.  Tiada kesan sampingan yang memudaratkan.  Testimoni Pynocare  Testimoni Pynocare ini mummy dapati dari hasil teguran akwan-kawan sahaj. Mummy baru makan dalam 2 minggu Pynocare ni, ramai dah tegur kata kulit mummy bersih. Padahal kawan mummy tu.... dekat sebulan tak jumpa. Alhamdulillah, terima kasih Pynocare !   Perubahan ketara mungkin dapat dilihat perubahan kulit dalam masa 2 hingga 3 bulan setelah mengambil Pynocare bergantung kepada warna kulit, size pigmentasi dan tona kulit.  Macam kulit mummy ni, tak berapa banyak sangat pigmentasi. Tapi umur menghampiri 40 tahun ni, pigmentasi senang menjelma. So, memang nak kena cegah dari awal !  Keberkesanan mungkin berlainan bagi setiap wanita atas sebab perbezaan kulit.          Dalam setiap kotak ini, mengandungi 50 kapsul Pynocare. Cukup hampir sebulan boleh makan.  Bahan apa yang ada dalam Pynocare?  Jom kita tengok kandungan yang ada dalam Pynocare ini.....     Ekstrak Kulit Kayu Pain Maritim Perancis   - kaya dengan procyanidin oligomerik (OCPs) dan bioflavonoid yang berfungsi sebagai antioksidan untuk menghapuskan radikal bebas.  - berupaya membentuk lebih banyak struktur antioksidan dengan mengitar semula vitamin C dan menghasilkan vitamin E.      Vitamin C  - merupakan antioksidan semulajadi  - melindungi kulit daripada UVA, UVB dan cahaya yang boleh dilihat  - menghalang penghasilan dan pembentukan melanin  - bekerjasama dengan vitamin E    Ekstrak D.Salina  - membekalkan sumber semulajadi yang kaya dengan karotenoid, beta karotena  - merupakan antioksidan semulajadi yang melindungi membran sel dari pengoksidaan lipid dan kerosakan yang disebabkan oleh cahaya UV      Vitamin E  - sebagai antioksidan larut lemak utama yang menghalang pengoksidaan lipid dan menhapuskan radikal bebas  - memberi perlindungan UV serta mengurangkan kesan kesan foto penuaan    Berapa harga sekotak Pynocare ini? Harga sekotak Pynocare ini, dalam RM200++ tapi sekarang banyak farmasi tengah sale. Boleh dapatkan pada harga bawah RM200. Ha..apa lagi jomsss le shopping :)    Di mana boleh dapatkan suplemen Pynocare ini? Ha...korang boleh walk in ke mana-mana farmasi terkemuka atau boleh juga buat pembelian online di :-      Lazada : http://Biolife.2.vu/Lazada-Pynocare  CARiNG : http://Biolife.2.vu/CARiNG-Pynocare  Watsons : http://Biolife.2.vu/Watsons-Pynocare


Dalam setiap kotak ini, mengandungi 50 kapsul Pynocare. Cukup hampir sebulan boleh makan.

Bahan apa yang ada dalam Pynocare?

Jom kita tengok kandungan yang ada dalam Pynocare ini.....


Ekstrak Kulit Kayu Pain Maritim Perancis 
- kaya dengan procyanidin oligomerik (OCPs) dan bioflavonoid yang berfungsi sebagai antioksidan untuk menghapuskan radikal bebas.
- berupaya membentuk lebih banyak struktur antioksidan dengan mengitar semula vitamin C dan menghasilkan vitamin E.


Vitamin C
- merupakan antioksidan semulajadi
- melindungi kulit daripada UVA, UVB dan cahaya yang boleh dilihat
- menghalang penghasilan dan pembentukan melanin
- bekerjasama dengan vitamin E

Ekstrak D.Salina
- membekalkan sumber semulajadi yang kaya dengan karotenoid, beta karotena
- merupakan antioksidan semulajadi yang melindungi membran sel dari pengoksidaan lipid dan kerosakan yang disebabkan oleh cahaya UV


Vitamin E
- sebagai antioksidan larut lemak utama yang menghalang pengoksidaan lipid dan menhapuskan radikal bebas
- memberi perlindungan UV serta mengurangkan kesan kesan foto penuaan

Berapa harga sekotak Pynocare ini? Harga sekotak Pynocare ini, dalam RM200++ tapi sekarang banyak farmasi tengah sale. Boleh dapatkan pada harga bawah RM200. Ha..apa lagi jomsss le shopping :)

Di mana boleh dapatkan suplemen Pynocare ini? Ha...korang boleh walk in ke mana-mana farmasi terkemuka atau boleh juga buat pembelian online di :-